Bayam
hijau adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah
Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah Red Spinach. Ia adalah pokok
berbunga tahunan yang mempunyai bunga hijau gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3
kaki tinggi.
Kajian
saintifik menunjukkan ia membantutkan penyerapan kalsium. Kajian lain pula
mencadangkan bahawa disebabkan kadar antioksidanya yang tinggi, ia mungkin
mempunyai peranan radioprotective pada tikus. Termasuk dalam herba berumur 1
tahun, berciri umum tegak atau condong seringkali bercabang banyak dan berduri.
Daun bulat berbentuk lanset, panjang 5-8 cm, dengan ujung tumpul dan pangkal
runcing.
1. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh.
Bayam
juga dikenal tinggi akan kandungan vitamin dan mineral, seperti vitamin A,
vitamin C, folat, dan magnesium. Beragam nutrisi tersebut diketahui dapat
meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
2. Mencegah Barah atau Kanser
Bayam
mengandungi dua komponen, MGDG dan SQDG, yang dapat memperlambat pertumbuhan
barah. Dalam satu kajian, sebatian ini dapat membantu memperlambat pertumbuhan
tumor pada serviks sekaligus mengurangkan ukuran tumor. Selain itu bayam hijau
juga dapat pengurangan risiko barah prostat pada lelaki. Bayam juga dapat
membantu mencegah barah payudara pada wanita.
3. Mencegah stres oksidatif.
Radikal
bebas adalah produk metabolisme sampingan. Kedua-duanya boleh menyebabkan tekanan
oksidatif, yang mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko barah dan
diabetes. Bayam mengandungi antioksidan yang dapat melawan tekanan oksidatif
dan membantu mengurangkan kerosakan yang ditimbulkannya.
4. Menjaga kesIhatan otak.
Bayam
dapat melindungi otak dari kerosakan. Dalam kajian yang dijalankan menunjukkan
bahawa orang yang makan satu hingga dua hidangan sayur-sayuran berdaun setiap
hari mempunyai kemampuan kognitif yang sama dengan seseorang yang berusia 11
tahun lebih muda daripada mereka yang tidak makan sayur-sayuran berdaun.
5. Mencegah anemia.
Sayur
Bayam adalah salah satu sayuran yang mengandungi kandungan zat besi yang baik
dan tinggi sehingga dapat mencegah anemia. Namun, bayam juga mengandungi
oksalat yang dapat menghambat penyerapan zat besi ketika dimakan. Salah satu
cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi ini adalah dengan mengambil
vitamin C yang dapat membantu menyerap zat besi.
6. Menjaga kesehatan mata.
Mata
manusia juga mengandungi sejumlah besar pigmen ini, yang melindungi mata
manusia dari kerosakan akibat sinar matahari. Untuk menjaga kesihatan mata,
anda boleh mengambil bayam secara berkala. Ini kerana bayam kaya dengan
zeaxanthin dan lutein, yang merupakan karotenoid yang bertanggungjawab terhadap
warna beberapa sayur-sayuran
7. Mengubati diabetes.
Sayur
Bayam mengandungi asid alfa-lipoik yang terbukti menurunkan gula darah,
meningkatkan kepekaan insulin dan mencegah perubahan oksidatif yang disebabkan
oleh tekanan pada pesakit diabetes. Sebagai tambahan kepada manfaat ini, bayam
juga dapat mengurangkan risiko neuropati periferal dan autonomi pada pesakit
diabetes.
|
Antara menu bayam |
8. Turunkan tekanan darah tinggi.
Bayam
mengandungi jumlah nitrat yang tinggi, yang terbukti dapat membantu
mengurangkan tahap tekanan darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.
9. Mengurangi risiko asma.
Sayur
bayam juga dapat mengatasi atau mengurangkan risiko asma. Beta-karoten yang
terdapat dalam bayam jdapat membantu penghidap asma mengurangkan simptomnya.Kandungan
magnesium bayam juga baik untuk penghidap asma. Magnesium boleh menjadi rawatan
kecemasan yang berkesan untuk serangan asma.
10. Menurunkan risiko gangguan
kardiovaskular.
Sayur
Bayam dipercayai dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan jantung
dengan adanya kandungan dalam bayam iaitu serat dan mineral. Serat dan mineral
dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah pembentukan plak pada saluran
darah. Bukan hanya itu, bayam mempunyai kandungan kalium tinggi yang bermanfaat
untuk tubuh. Oleh itu, orang yang menghidap darah tinggi disarankan untuk makan
bayam secara berkala.9. Menjaga kesehatan tulang.
11. Menambah Tenaga
Dengan
memakan sayur bayam akan meningkatkan
keperluan magnesium dalam badan, sehingga dapat menghasilkan lebih banyak
tenaga bagi seseorang untuk menjalankan kegiatannya. Bayam juga merupakan sumber
folat yang hebat, nutrien yang membantu tubuh manusia mengubah makanan menjadi
tenaga yang boleh digunakan.
12. Mencegah infeksi bakteri dan virus.
Sayur
Bayam kaya dengan vitamin A yang membantu kulit dan selaput lendir dilindungi
daripada bakteria dan virus. Supaya badan juga lebih sihat ketika memakan bayam
dalam jumlah yang mencukupi.
13. Menjaga Kesihatan Jantung.
Tahap
vitamin K dalam bayam dikaitkan dengan kesihatan jantung dan pembekuan darah.
Menurut Linus Pauling Institute, vitamin K adalah faktor penting dalam
pembekuan darah, dan kekurangan vitamin K dapat menyebabkan pendarahan.
Terdapat
juga spekulasi bahawa vitamin K dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kerana tanpanya, mekanisme yang menghentikan pembentukan kalsifikasi vaskular
mungkin tidak aktif.
14. Menjaga Kesehatan Kehamilan.
Memakan
sayur bayam semasa mengandung dapat membantu menjaga kesihatan ibu hamil kerana
bayam mengandungi asid folik. Telah diketahui, asid folik dapat membantu
mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi. Bayam dapat membantu meningkatkan
pengambilan asid folik pada ibu dengan 66 peratus daripada keperluan folat
harian.