Sunday, September 22, 2019

CARA MERAWAT LUKA KUCING

1. Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan

2. Cuci dengan menggunakan iodin _(boleh didapati di farmasi)_

3. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka.

4. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine.

5. Lakukan dressing _( step 4 hingga 6)_ setiap hari.

6. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran.


Cara Merawat Kucing Luka Bengkak dan Bernanah

1. Jika bengkak masih belum pecah, boleh tunggu atau boleh terus dapatkan rawatan antibiotik di klinik vet berhampiran.

2. Jika sudah pecah, cuba keluarkan sehabis boleh nanah tersebut dan jangan tinggalkan sedikit pun. Ini untuk mengelakkan jangkitan semula.

3. Cukur bulu bahagian luka.

4. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine.

5. Lakukan dressing  _( step 4 hingga 6)_ setiap hari.

Cara Merawat Kucing Luk4 Berulat

1. Jika terdapat ulat, sila pastikan rawatan secepat mungkin dilakukan. Ini kerana dalam masa 1 hari sahaja, ulat yang kecil boleh menjadi segemuk nya kerana ia memakan daging segar kucing itu sendiri.

2. Cuba cari tembakau dan masukkan dalam air, air tembakau dititiskan kedalam luk4 berulat untuk mem4tikan ulat. Selain itu, boleh gunakan arang, hydrogen peroxide dan diesel (diesel sesuai untuk anjing, kucing agak menyakitkan).

3. Biarkan seketika, bila nampak ulat m4ti, boleh menggunakan penyepit untuk keluarkan ulat m4ti. Buang seboleh mungkin untuk mengelakkan jangkitan.

4. Selesai buang cuba perhatikan, ada tak daging bewarna hitam, jika ada itu tandanya daging itu daging m4ti. Jika dipotong pun tiada lagi d4rah jadi jika ada gunting bolehlah digunting dan dibuang.

5. Dan boleh Cukur bulu bahagian luka untuk memudahkan rawatan.

6. Cuci dengan menggunakan iodin.

7. Pastikan tiada bulu yang melekat pada luka.

8. Boleh letakkan krim luka atau acriflavine.

9. Wound Spray boleh digunakan selepas meletakkan krim luka untuk mengelakkan lalat.

10. Lakukan dressing ( step 6 hingga 9) setiap hari.

11. Jika keadaan semakin teruk rujuk ke klinik vet yang berhampiran.

📝  Yang penting pastikan tiada jangkitan selepas rawatan. Jika luka besar yang memerlukan jahitan, rujuklah kepada vet berhampiran. Jadi penting untuk sediakan satu beg untuk ubat kucing yang dipanggil First Kit Kucing untuk kegunaan masa kecemasan.

No comments:

Post a Comment