Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi
pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di
kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak
seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam
bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi
masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”,
iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga
rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya
sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh
perubahan hormon badan yang normal.
Bahan-bahan semulajadi ini boleh
menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.
1.
PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu
serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang
jerawat.
2.
JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit
air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan
semalaman.
3.
JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna
bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga
kali sehari untuk kesan yang cepat.
4.
BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan
tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
Jus ini mengandungi sulfur yang
merawat jerawat dengan cepat.
5.
UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi
pada jerawat dan biarkan semalaman.
6.
WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan
lalukan bahagian jerawat pada wap panas.
Bukan sahaja menghilangkan jerawat
malah menjadikan kulit muka bertambah seri.
7.
PEK AIS
Letak ais pada jerawat. Ia akan
membantu mengecilkan jerawat.
8. PES SERBUK KAYU MANIS
Letak sesudu madu atau jus lemon
pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.
Sebaiknya guna pes serbuk kayu
manis ini sebelum masuk tidur.
9.
KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil
pes oren dan sapu pada jerawat.
10. MADU
Ambil sedikit madu mengguna bebola
kapas dan tekap pada jerawat.Pastikan madu yang asli
11. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air
selama sejam. Kemudian minum airnya.
No comments:
Post a Comment