Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera.
Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya
merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies
anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai
penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10
peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti)
merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang
biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan
Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan
merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis
perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan
semasa ia menggigit
Boleh Cuba Mana-Mana Cara Berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini
kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman
dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur
sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai
kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini
sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air
kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian
Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir
anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita
dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah
untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu
yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai
ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya
menyerang anak kecil jika bermain di rumput.
Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif,
anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman)
agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di
serang atau juga ke sarangnya.
No comments:
Post a Comment