Saturday, April 6, 2019

PETUA RAWAT KULIT TERBAKAR🔥ATAU MELECUR


AIR
Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

DAUN LIDAH BUAYA ATAU  ALOEVERA DAN BUAH MANJAKANI
Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

KOPI
Letakkan kopi serta merta bahagian yang yang melecur. Anda akan rasa pedih untuk seketika.Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh._

KAPUR SIRIH
Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur.Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut._

GETAH PELEPAH PISANG
Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh._

SEBIJI TELUR
Pecahkan sebiji telur dan kacau.Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi._

SABUN MANDI
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang._

UBAT GIGI, KICAP ATAU MARJERIN
Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur. Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam._ Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.




PETUA CARA PANJANGKAN BULU MATA DENGAN MUDAH DAN BERKESAN


1. SIKAT DENGAN KERAP
Biar betul! Ada ke sikat untuk bulu mata? Ya, ada. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.

2. SAPU VASELINE SETIAP MALAM
Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata.
Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus maskara. Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur.

3. GUNA MINYAK SEMULA JADI
Minyak zaitun , minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.

4. SAPU VITAMIN E
Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.

5. MAKAN BIOTIN
Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dlam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang. Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut .

6. TEKAP DENGAN TEH HIJAU
Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata.
Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.

7. GUNA PRODUK ‘LASH ACCELERATOR’
Ada produk maskara yang dilengkapi dengan ‘Lash Accelarator’ seperti Rimmel London. Hanya sapukan pada bulu mata dan…. ta-da! Bulu mata pasti nampak panjang dan tebal.

PETUA HILANGKAN KAHAK DALAM PARU


BAHAN-BAHAN.
1   Lobak merah.
2  Sudu besar madu lebah.
1   Gelas air.

CARANYA:
1.  Kupas dan potong lobak merah menjadi ketulan,kemudian rebus lobak merah dengan air sehingga menjadi ia lembut. Asingkan air rebusan lobak merah tadi.

2.  Kemudian kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga Lumat.

3.  Kacau madu kedalam air rebusan lobak merah dan tambahkan isi lobak merah yang telah dikisar. kemudian kisar sekali lagi campurkan isi lobak merah dan air rebusan tadi.

4.  Siap untuk diminum dan disampan dalam peti ais. Cara menggunakannya 3 sudu besar setiap hari dan harus merasa lebih baik dalam tempuh Beberapa hari.

INILAH 3 JENIS IKAN YANG PERLU ANDA ELAKAN TERUTAMA SEKALI PEREMPUAN!!


Elakkan 3 jenis ikan: Pari, Bawal hitam dan Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid. Ikan-ikan ini mengandungi toksik yang tinggi

24-Lukemia/amenia/teleseminis. Cari daun Kemunting Cina. Jemur & keringkan. Rebus & Minum 10 gram. Sangat Mujarab InsyaAllah
25-Darah rendah @ kanser payu dara – Amalkan makan ubi kayu (bahan lemennerin dalam ubikayu untuk mencegah kanser )

26- Kanser: Daun belalai gajah (kadar helai mengikut stage kanser) + 1 biji Epal hijau dan blend.

Kanser stage 1: ambil 50 helai
Kanser stage 2: ambil 100 helai
Kanser stage 3: ambil 150 helai
Kanser stage 4: ambil 200 helai

Blend & minum dalam jarak masa kurang dari 5 minit.

27-Elak kanser dengan mengamalkan minum air serai. Ketuk kepala serai dan rendam dalam air panas. Minum bila sudah suam. Bagus untuk kesihatan rahim wanita.

28-Taugeh juga Ubat kanser

29-Stress. Amalkan membaca surah Al-Insyirah (Allamnashroh) setiap kali STRESS.

30-Sakit Jantung. Amalkan memakan bawang putih.

31-Anak Cerdik/Tinggi IQ - Minum Air Halia (yang diricih dan di rendam dalam air panas) setiap pagi

32-Sakit Jantung (jika ada)

1 gelas/cawan air lemon + 1 gelas madu + 1 gelas cuka epal + 1 gelas air halia + 1 gelas air bawang putih

Campukan bahan-bahan tersebut , kacau dan simpan dalam peti ais minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam

33-Kencing Kotor (perempuan) - Lobak putih diblend dan minum.

34-Batu karang/prostat/hernia/kencing tak lawas - cari 2 helai daun pecah tujuh. Rendam dan minum. InsyaAllah batu karang akan pecah selepas itu.

35-jika ada darah tinggi. Jangan masuk tandas 15 minit sebelum Asar & 15 minit sebelum Maghrib.

36-Ubat merawat penyakit lumpuh/stroke dan darah tinggi

Susu Kambing Original + Surah Ya Seen, Ayat 72:

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebab bagi lagi mereka makan

37-Ubat darah tinggi - Makan 20 helai pucuk hempadu bumi pagi dan petang.

38-Ubat Kencing Manis - peria serta biji peria diblend dan dibuat minum.

39-Kayu Manis juga ubat kencing manis

40-Kencing Manis : cari 4 helai daun Ceri. Rendam ramasan daun ceri bersama kaki yang rosak akibat kencing manis.

41-Kencing Manis -Biji petai belalang digoreng tanpa minyak + tumbuk dan dibuat minum

..setiap penyakit ada penawarnya. Wajib kita berubat apabila sakit melainkan mati......

PETUA SIHAT DALAMAN WANITA

 1. REBUSAN SERAI DAN HALIA
§   Ambik 3 batang serai
§   4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.

Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum. Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. REBUSAN SIREH
Ambik daun sireh 3 ke 5 helai. Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . REBUSAN SIREH DAN DAUN INAI
§   3 ke 5 helai daun sireh.
§   segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau. Elok di amalkan selepas haid.

4. REBUSAN HALIA SERAI CENGKIH DAN KUNYIT
§   2 / 3 batang serai di ketuk
§   3cm halia (tua/muda).di ketuk
§   2cm kunyit di ketuk
§   sedikit kulit kayu manis / bunga
§   cengkih /bunga lawing
§   daun pandan sehelai
§   sedikit gula batu.
§    gula batu boleh di ganti dgn madu jika suka.

Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sekali sebulan shj.

BAGI MEWANGIKAN KEWANITAAN ANDA DAN MENYEGARKAN BADAN.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

Friday, April 5, 2019

PETUA BUANG ANGIN DALAM PANTANG


Bahan2 yg di guna :
1/2 sdt Jintan Manis
2 inci Halia
1 sdb Madu (sy guna madu kelulut asli sbb kurang manis)
1 sdt Kayu Manis Ceylon
Air kosong 2 gelas
.
Cara2
1. rebus sampai mendidih dalam 5minit.

2. campur 1sdt Kayu Manis Ceylon

*org dulu2 guna kayu manis biasa tp diorg amal ni seminggu 3kali je.sy baca kalo nak minum hari2 kena amalkan Kayu Manis Ceylon tu sbb kandungan coumarin dia yg sgt rendah. tu sbb sy pakai Ceylon Cinnamon tu sng.pakai serbuk je mcm bancuh milo hihi.

3. Elok di minum suam. bole amal minum tiap2 pagi.mmg badan ok sgt takde rasa angin2. baby pun ok takde kembung pn.nak amik produk2 lain riso efek baby so sy suka amal rempah2 je sbb breastfeed lagi. Cuba la..sedap tau badan
.
Ni antara khasiat slps sy research.

Jintan Manis - Baik utk cuci usus, perut berasid & berangin.

Halia - Baik utk sistem penghadaman. Angin kembong dalam perut.

Madu - TIngkatkan sistem imun badan utk lawan bakteria dalam usus.

Kayu Manis Ceylon - Menghangatkan badan dan perut supaya angin tak masuk. Tinggi anti-oksidan dan bagus utk amalkan setiap hari. Kayu manis ceylon lg selamat utk amalan setiap hari berbanding kayu manis biasa sbb kandungan coumarin yg sgt rendah tak effect kat hati.

Tuesday, April 2, 2019

PETUA BERSIHKAN BUAH PINGGANG

Resepi Bersih Buah Pinggang @resipimasak

Resepinya adalah :

1. Beli daun parsli / ketumbar ini.

2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2

3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.

4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit

5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk

6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya

7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya

8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini

9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan bahann-bahan lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!Selamat mencuba..

KHASIAT SAYUR TAUGEH


Sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak. Tapi tahukah anda terdapat 6 khasiat tauge yang baik yang ramai tak tahu.. Antaranya:

1. Cegah Kanser
2. Baik Untuk Wanita
3. Lebih Subur
4. Kurangkan Lemak
5. Buang Kotoran
6. Lebih Muda

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sumber - Petua Ibu

KEBAIKAN DETOX BAWANG PUTIH


BAHAN BAHAN
🍓100g (panjang 125 mm) halia muda
🍓1 labu bawang putih
🍓3 biji (125 ml) lemon juice
🍓cuka apple cider (125 ml)
🍓madu lebah (350 ml)

Cara penyediaan:

🐝Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan  menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu.

🐝Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.

🐝Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.

🐝Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.

🐝Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk.

Cara makan:

🐝Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.

PETUA TURUNKAN GULA KENCING MANIS

Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;

🍓1 biji peria katak (saiz sederhana)
🍓1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
🍓4 cawan air kosong

Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;

🍃1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.

🍃2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.

🍃3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.

🍃4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.

KHASIAT DURIAN BELANDA


🌻1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

🌻2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

🌻3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

🌻4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

🌻5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

🌻6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !

🌻7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Monday, April 1, 2019

PENAWAR RESDUNG


Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).

Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.

Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

BAHAYA MAKAN SOTONG KERING


Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

*​Petua Dan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Lemah Tenaga Batin


1. Bawang Merah – Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.

2. Pinang – Biji pinang yang telah masak (kulit berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu 3 jam sebelum ingin melakukan persetubuhan dengan isteri anda.

3. Durian – Perah buah durian hingga mengeluarkan air dan amalkan meminumnya.

4. Bachang – Ambil daun muda atau pucuk bachang dan direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih panas.

5. Beras – Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya 3 kali sehari.

6. Buah Kantan – Ambil buah kantan dan rebus hingga mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.

7. Balung Ayam Ungu – Ambil biji balung ayam ungu dan campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.

8. Som Jawa – Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.

9. Jerangau – Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika ia masih panas.

10. Tongkat Ali – Akar tongkat ali direbus dengan tiga gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian, rebus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara teratur.

11. Nampu – Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut. Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus untuk 20 minit untuk dimakan.

12. Lalang – Ambil akar lalang, batang beluru dan rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.

13. Senduduk Putih – Basuh bunga senduduk putih sebersih-bersihnya dan makan mentah sebagai ulam.

14. Seroja Air Putih – Ambil 7gm akar kering Seroja air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2 gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali minum.

15. Belimbing Bukit – Ubi belimbing bukit dikeringkan dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

PETUA ATASI NASI HANGIT

Nasi hangit sebab terlebih masa memasaknya pasti meninggalkan bau yang kurang enak. Namun kalau nasi yang kita tanak tu hangit, janganlah dibuang. Cuba amalkan antara 3 petua berikut:


1) Basuh cili kering dalam dua tiga tangkai, masukkan terus ke dalam nasi tersebut, jangan di potong. Biarkan seketika, Insya Allah nasi dah tak berbau.


2) Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan Insya Allah, tak ada bau hangit tersebut.

3) Kalau di rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi, biarkan sejenak.


Insya Allah dengan petua yang diberikan, bau hangit nasi akan hilang.



Petua ubat darah Tinggi


Pada saper yg ada darah tinggi ada satu petua yg amat bagus...iaitu makan 'lengkong/cincau". Kalau nak lebih mudah, ialah blender semua cincau tu dengan air dan minum macam biasa.

Cara makan ialah setiap 2-3 hari sekali ( ikut tahap ketinggian darah) tapi Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.

kalau kat tesco beli je yg pek kecil2 tu...sekali makan satu pek kecil tu...1 kali sehari- dalam 2-3 hari insyaalah darah akan turun ke tahap yg mengembirakan...tapi janagan makan setiap hari yeaa...kalau dah ok...makanlah 2-3 hari sekali bagi dia maintain je....

CARANYA
Potong lengkong kecil2 masuk dalam jug dan isi air atau boleh blend macam biasa...minum berulang kali-( jangan boh gula yeaa )


Sunday, March 31, 2019

PETUA MENCUCI BUAH PINGGANG

Petua ini sesuai untuk pesakit yang masih ditahap awal dan Insyallah ianya berkesan kalau rajin diamalkan untuk merawat & mencuci buah pinggang kerana terdapat kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan. Ianya adalah satu kaedah yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam, kotoran serta racun lain dari dalam badan kita.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar

CARANYA
   
1. Beli daun parsli/daun ketumbar
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.   
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk. 
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.  
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.


Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini. Daun parsli/daun ketumbar sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi !! InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah

BARLI
Barli merupakan salah satu bijirin yang terbaik untuk mencuci dan menghalang kerosakan yang berlaku pada buah pinggang kerana kencing manis. Namun, anda perlu tahu bahawa barli ini bukanlah satu rawatan, tetapi sebagai satu alternatif tambahan untuk mengekalkan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Salah satu cara pengambilan beras barli adalah dengan membuat air barli. Anda boleh merebus beras barli dan minumnya. Ataupun anda boleh merendam semalaman beras barli tersebut, dan minum pada sebelah paginya. Ini boleh mencuci toksin yang terdapat di dalam buah pinggang. Kajian juga membuktikan bahawa pengamalan air barli boleh membantu anda mengawal tahap kreatinin, ataupun bagi orang yang mempunyai kencing manis, ia boleh mengurangkannya

DAUN SUP
Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini...

Cara dan penyediaan

1. Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecil2, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

2. Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu

Petua Bagaimana Untuk Hilangkan Penyakit Panau

1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihat apa hasinya dalam beberapa hari.

2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena penyakit panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Atau, tumbuk beberapa helai daun lengkuas,ambik airnya dan sapukan pada tompok² panau. Lakukan beberapa kali, untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

4. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudia tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

6. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

7. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

8. Ambik air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulangkali sehingga berhasil.

9. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

10. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

MENGHILANGKAN KESAN MELECUR

Pukul sebiji telur. Sapukan di bahagian melecur dengan segumpal kapas. Setelah kering, sapukan lapisan kedua. Lakukan berulang kali.2. Campurkan sedikit kapur sirih & minyak kelapa secukupnya. Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menyerupai salap. Sapu & ratakan pada bahagian yang melecur setiap hari. InsyaAllah kulit anda akan kembali pulih seperti sedia kala.‌


HILANGKAN BENGKAK/BENJOL
Bungkus 3 helai daun jarak dengan abu dapur yang sederhana panas. Tuamkan ke bahagian yang benjol. Ulangi hingga kesan itu hilang. Cara lain ialah dengan meniup hujung rambut dan tekapkan pada bahagian yang benjol itu. Ulangi beberapa kali sehingga nampak perubahannya.‌


MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN
Rebus 2 biji kentang,hancurkan dan gaul dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu, masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.‌

MENGHILANGKAN KESAN KUDIS
Suamkan air beras yang mendidih. Sapukan air beras tersebut pada pada kesan kudis yang ada. Lakukan setiap hari.‌

PENAWAR SAKIT DADA
Potong beberapa hiris halia dan perahkan airnya dalam gelas. Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Kacau hingga sebati. Minumlah campuran ini setiap pagi.

PENAWAR BATUK KANAK
Untuk mengubati batuk yang sering terjadi pada kanak-kanak, amalkan minum air perahan daun peria.Berikan pada kanak-kanak. Air perahan yang pahit akan memudahkan kahak keluar.


7 Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat


1. Buang lemak Pada Daging Dan Kulit Ayam

Ada orang takut makan ayam lantaran ada begitu banyak lemak di dalamnya. Padahal anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.


2. Basuh Buah-buahan Dan Sayur-Sayuran Sebelum di Makan.

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.

3.Jangan Memotong atau Menghiris Kecil Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Ia akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanna itu.

4. Bagi Kekalkan Khasiat Ubi Kentang dan Keledek,Masak Bersama-sama Kulitnya.

Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Oleh itu,pastikan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.

5. Memastikan Air Mendidih Atau Minyak Benar-Benar Panas.

Sebelum memasukkan makanan pastikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus telah benar-benar panas. Jika anda masak sayuran hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

6.Kurangkan Pengunaan Garam, Gula dan Bahan Pengawet Dalam Makanan.

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau pun sayuran seperti karot untuk menambah rasa masakan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7. Jangan Gunakan Minyak Masak Berulang Kali

Minyak masak yang digunakan  berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  merosakkan hati.

Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.


Yang Perlu Kita Tahu Tentang Kegunaan Kapas


🔻 Dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku.

🔻 Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden.

🔻 Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.

🔻 Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt.

🔻 Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagaimana minyak sayuran lain.

🔻 Biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

PETUA ELAK KAKI BERBAU


1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.

2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.

3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.

4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.

5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.

6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.

7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.

8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.

9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.

10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.

11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.

12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.

13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.