Sunday, September 22, 2019

MAKANAN BOLEH MENGAWAL GASTRIK

1.    Oat merupakan sarapan terbaik dan boleh diambil sebagai snek pada bila-bila masa sahaja, berdasarkan buku The Reflux Diet ini. Malah hidangan oat dalam bentuk segera juga masih boleh diambil kerana mampu menyerap asid dalam makanan seperti kismis dan sebagainya.

2.    Halia sangat baik sebagai makanan yang dapat mengawal asid reflux atau pedih ulu hati. Sejarah membuktikan halia bertindak sebagai anti-bengkak dan digunakan dalam rawatan yang berkaitan usus (gastrointestinal). Halia yang sudah dihiris halus boleh dimasukkan dalam masakan atau tambahkan sahaja dalam smoothie anda.

3.    Aloe Vera atau lidah buaya sangat terkenal sebagai agen penyembuh alami dan mampu mengubati masalah pedih ulu hati. Lazimnya aloe vera dijual dalam bentuk tumbuhan hidup mahupun dijadikan produk cecair yang diambil dari daunnya. Anda boleh memasukkan aloe vera di dalam resipi sebagai agen pemekat atau pembeku cecair.

4.    Salad merupakan hidangan utama untuk masalah pedih ulu hati. Bagaimanapun tomato dan bawang harus dielak sebagai salah satu bahan dalam salad. Sos yang mempunyai asid atau lemak boleh dimasukkan di dalam salad, namun dengan hanya satu sudu atau kurang sahaja.

5.    Pisang boleh menjadi satu snek yang sihat. Dengan tahap pH 5.6, pisang dilihat amat baik untuk individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati.  Bagaimanapun, terdapat lebih kurang satu peratus pesakit yang mendakwa keadaan pedih ulu hati mereka bertambah teruk dengan memakan pisang. Oleh itu, pastikan pisang sesuai untuk anda kerana kesan untuk setiap orang berbeza-beza.

6.    Buah tembikai (ph 6.1) bagus untuk masalah pedih ulu hati. Ini termasuklah tembikai susu. Bagaimanapun, seperti buah pisang, terdapat peratusan kecil (satu peratus hingga dua peratus) yang mengalami masalah pedih ulu hati harus mengelakkan buah ini.

7.    Daging ayam turut disyorkan dalam buku The Reflux Diet untuk individu yang mengalami masalah pedih ulu hati. Daging ayam boleh dimasak dengan cara merebus, bakar atau panggang dan tidak sesekali digoreng. Anda juga diingatkan supaya mengasingkan bahagian kulit kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.

8.    Seperti mana daging ayam, ikan juga amat digalakkan pengambilannya  dalam diet ini. Ia harus dibakar, dipanggang mahupun stim. Elakkan cara menggoreng.

No comments:

Post a Comment