Saturday, March 30, 2019

KHASIAT DAUN TEH UNTUK KESIHATAN


Teh hijau dianggap sebagai teh terbaik jika Anda ingin menurunkan berat badan.Teh hijau mengandungi dos tinggi dari EGCG.Memiliki sifat kuat, yang mencegah berbagai penyakit seperti kanser payudara, paru-paru, perut, dll. Juga membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer, membakar lemak terbesar dan membunuh Stress.

Teh hitam sangat popular dan dibuat dari daun teh yang difermentasi. Teh hitam mengandungi kafein tinggi. Menurut berbagai penelitian, teh hitam sangat efektif dalam mengendalikan kerosakan paru-paru kerana merokok. Selain itu juga menurunkan risiko stroke.

Teh oolong lebih mirip dengan teh hitam, Perbezaannya adalah, teh ini difermentasikan dengan waktu yang lebih lama, yang memberikan rasa yang lebih kuat. Kerana enzim tertentu dalam teh ini, membantu mencairkan trigliserida, dan membantu dalam penurunan berat badan.

Teh putih mengalami pengolahan minimal, sehingga memiliki tingkat tinggi antioksidan. Antioksidan dalam teh putih ini membantu dalam mencegah kerosakan oleh radikal bebas. Selain itu, konsumsi secara teratur juga membantu dalam menurunkan risiko kanser, tekanan darah, dan masalah kolesterol.

Teh Pu-erh*dibuat dari daun dan batang tanaman Camellia sinensis. Keduanya melalui fermentasi dan penyimpanan yang panjang. Teh ini berguna untuk meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan dan membantu mengurangi kolesterol tinggi dalam tubuh.

Teh rasa Selain teh hitam, putih, atau teh hijau biasa, ada yang dicampur dengan berbagai rasa seperti kayu manis, lavender, dll. Memiliki kadar antioksidan yang sama, selain itu menambahkan rasa pada teh. Pilihlah yang bebas dari gula, untuk menjaga kadar gula dalam tubuh.

Teh herbal adalah kombinasi buah-buahan kering, bunga, dan tumbuhan lain. Ada berbagai teh herbal di pasaran seperti teh chamomile, pepperment tea, dll. Semuanya memiliki manfaat tertentu, mulai membuat tidur nyenyak, serta menurunkan hipertension.

PETUA RAWATAN MATA

 

MELEGAHKAN KELETIHAN MATA
Lembabkan dua uncang teh ke dalam air panas. Kemudian sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

MENGHILANGKAN HITAM DI BAWAH MQTA
Tumbuk atau hancurkan daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya ia selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit. 

CARA NAK HILANGKAN LENDIR IKAN AIR TAWAR

CARA PERTAMA
Masukkan tepung gandum ke dalam besen, pastu buh air.  Gosokkan sehingga lendir ikan hilang, pastu siang dan cuci.

CARA KEDUA
Masukkan garam dengan asam jawa, gaulkan dan masuk air.  Pastu siang tapi ikan keli ni mesti buang darah beku kat tepi kepala.  Bila di potong akan nampak ketulan daging beku berwarna merah hati.  Kalau tak buang rasa hanyir tak kan hilang. 

Kalau ikan keli masih hidup ambil garam kasar dan biarkan ikan mati. Lepas cuci bersih, ambil limau kasturi beberapa biji bergantung kepada banyaknya ikan.  Belah dan perah jus, kemudian letak garam sedikit.  Biarkan selama 5 atau 10 minit barulah boleh cuci sekali lagi. 

CARA MEMBUAT UDANG KERING


1.Dapatkan udang kecil (yang harganya agak murah). Anda boleh memilih sama ada nak dikopek kulitnya terlebih dahulu atau terus direbus dengan kulitnya sekali .

2. Masukkan kira-kira 1 liter air ke dalam periuk atau kuali, campukan setengah pek garam kasar dan masukkan 3 keping asam keping.

3.Masukkan udang dan rebus hingga mendidih selama 20 minit.

4. Setelah masak , buang airnya dan toskan udang.

5. Setelah itu bolehlah dijemur hingga kering .Untuk menanggalkan kulit udang, setelah kering , ramas-ramas udang yang telah kering tadi , masukkan dalam dulang dan tampi untuk mengasingkan kulitnya. Setelah bersih dari kulitnya , udang kering tersebut bolehlah disimpan. Anda juga boleh keringkan udang tersebut dengan menggunakan oven , sebagai alternatif selain dijemur.                                     

CARA HILANGKAN GEMENTAR KETIKA TEMUDUGA


1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!

2 Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.

4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.

5.Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.

6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

7. Jangan terlalu mengikut skrip yang anda hafal. Kalau anda diminta ceritakan tentang diri sendiri, elakkan cakap meleret yang bosan. Cuba tambah sikit, macam "saya suka menari." Anda akan memukau penemuduga.

PETUA HILANGKAN KESAN CONTENG ANAK PADA DINDING


CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.

UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.

MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan circular dan bilas dengan air.

CARA MASAK NASI PUTIH YANG TIDAK MENGGEMUKKAN BADAN


1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.

Cara ini juga boleh buatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 %. So, walaupun diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi tembam.

PETUA HILANGKAN KARANG GIGI


JAMBU BATU

Menurut kajian bahawa jambu batu sangat bermanfaat untuk membantu meruntuhkan karang gigi yang melekat. Menurut laporan yang telah dimuat di Journal of Applied Microbiology mengatakan hasil dalam sebuah kajian yang dilakukan di India bahawa dengan memakan jambu batu dapat dijadikan sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi penyakit yang berhubungan dengan gusi. Selain itu, kandungan zat yang terdapat pada jambu batu sangat bagus untuk membasmi kuman dan bakteria yang berkembang di dalam mulut dan menjadi penyebab pembentukan plak di gigi.

Cara menghilangkan karang gigi dengan jambu batu cukup mudah, anda boleh terus mengunyah jambu batu yang telah dipotong-potong dan diberi sedikit garam dan pastikan anda mengunyahnya pada bahagian gigi yang terdapat karang gigi. Untuk mendapatkan hasil dengan cepat, maka lakukan cara ini 1-2 kali sehari sampai karang gigi hilang.

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAN


BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
▫ Air suam
▫ Cuka epal organik
▫ Madu asli

CARA MENGGUNAKAN
1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)

2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.

3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.

Kalau nak beri kepada kanak², boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.

PETUA KEKALKAN KESEGARAN IKAN DALAN PETI AIS

Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Sampai Berbulan*

CARANYA

1. Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.

2. Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

3. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

BILA HENDAK MASAK
1. Keluarkan dan biarkan ia cair.

2. Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

3. Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

4. Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.

PETUA HIRIS BAWANG


Lazimnya kita kupas (kopek) siang/ hiris / mayang bawang besar & kecil akan ada masalah kepada hidung dan mata kita, pedih & mata berair dan bersin dll.Gunakan salah satu cara dibawah untuk menghindarkan gejala berkenaan.

CARANYA
1. Letakkan bekas garam ( botol garam atau seangkatan dgnnya) berhampiran tempat hirisan bawang  yang kita sedang potong. Haba/wap bawang berkenaan  akan hilang disedut oleh garam tersebut.

2. Belah bawang besar / kecil letakkan di hujung pisau (cocokkan) pada pisau yang sedang menghiris / memayang. Bawang dihujung pisau tersebut juga bertindak meresap segala  haba bwng berterbangan dan  akhirnya mata & hidung kita tidak pedih lagi.

PETUA ORANG ORANG LAMA

PETUA SEGARKAN TAUGEH
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

PETUA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu kejap²(rapat²) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.

PETUA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI DGN BAWANG PUTIH
Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

CARA UNTUK MENGGUNAKAN SEMULA MINYAK GORENG YANG TELAH DIGUNAKAN

Minyak masak tidak boleh 'recyle'? Memang tak digalakkan penggunaan minyak yang sama untuk berulang kali. Namun, setakat untuk penggunaan 2, 3 kali tiada salahnya. Bagi menjadikan minyak masak kembali bersih dan tidak kehitaman, ternyata ada petuanya.
CARA PERTAMA
1. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang mahu digoreng.

2. Goreng bahan tadi bersama asam gelugur sehingga minyak tampak 'bersih' dan keluarkan asam gelugur.

3. Dengan cara ini, anda masih boleh menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng untuk kali berikutnya.

CARA KEDUA
1. Selepas selesai menggoreng dan anda nampak minyak gorengan kehitaman, segeralah taburkan garam halus.

2. Tidak perlu banyak, cukur sekadar 1-2 cubit garam halus dan taburkan di permukaan minyak.

3. Minyak akan bersih sedikit dan masih boleh digunakan untuk menggoreng selepas itu.

CARA KETIGA
1. Jika mahu menggunakan halia, hiriskan ia nipis-nipis.

2. Panaskan minyak dan goreng halia sehingga ia mengecut.

3. Kemudian keluarkan halia itu dan anda boleh menggoreng untuk kali berikutnya.

PETUA SEMBUHKAN SAKIT MATA MERAH

PETUA 1
Bagi ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba titiskan beberapa titis sus ibu ke dalam mata orang yang sakit mata. Selawat dan titiskan 3 kali sehari.

PETUA 2
Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.

PETUA 3
Titikkan air zam zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.

PETUA 4
Atasi dengan menggunakan madu lebah. Cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titIskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

PETUA 5
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.

TANAMAN HERBA YANG MERBAHAYA JIKA GUNA BERLEBIHAN

Berikut antara tanaman herba yang mengundang ancaman kepada kesihatan jika pengambilannya berlebihan :

HEMPEDU BUMI
Tanaman yang hidup liar seperti rumpai ini mempunyai banyak khasiat. Antaranya, melegakan kembung perut, darah tinggi dan sebagainya, Ia adalah sejenis ubat dan bukan supplement. Oleh itu, pengambilanya disarankan tidak lebih dari 2 minggu. Untuk tujuan rawatan, ambil 3 hingga 5 helai daun yang direndam didalam air kosong. Pengambilan berterusan dan tidak mengikut dos yang ditetapkan boleh menyebabkan masalah hati.

DAUN RERAMA
Dulu pernah viral tanaman ini. tiba-tiba harga pokok rerama ini naik tinggi kerna menjadi buruan dan viral disebabkan oleh harga dan manfaatnya yang tinggi. Tapi sekarang sudah makin dilupakan. Rerama sebenarnya adalah dari keluarga oxalis iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi kompaun oxalate. Pengambilanya yang berterusan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan pembentukkan kristal atau batu karang di dalam sistem respirasi manusia.

POKOK SAMBUNG NYAWA
Pokok herba yang mudah hidup ini pun antara tanaman herba vairal. Kebiasaanya, kaedah pengambilan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dengan menjadikan pucuk nya sebagai ulam atau jus bagi merawat masalah diabetis, kanser, kolestrol dan pelbagai lagi. Namun pengambilanya dalam tempoh yang lama secara kerap akan merosakkan hati. Hal ini disebabkan oleh kandungan toksik yang tinggi. Antara tanda awal keracun disebabkan oleh amalan pengambilan daun ini adalah apabila mata kelihatan merah.

MAHKOTA DEWA
Banyak warung menyediakan minum kopi campuran yang mempunyai perisa mahkota dewa. Dan ia sentia menjadi kegemaran mereka yang suka melepak di warung. Ada tu sehari tak pekena secawan kopi mahkota dewa, rasa semacam sahaja badan. Betul tak? ha… ini lah hakikatnya, mahkota dewa bersifat steroid. Ia menyebabkan badan anda berasa sihat. Seperti mana pengambilan steroid yang lain, pengambilan jagka panjang melemahkan sitem imunisasi. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang nak kena penyakit berjangkit dan juga kanser.

DAUN MULBERI
Bagi ainda yang mengalami masalah jantung tersumbat, boleh cuba mengamalkan daun ini kerana ia bersifat mencairkan darah. Oleh itu, bagi wanita yang sedang haid, baru lepas bersalin, terluka, atau baru selesai pembedahan, elakkan mengambil daun ini. Ini kerana ia akan mencairkan darah anda. Pengambilannya hanya disarankan sekali sekala. pengambilan berlebihan bagi orang normal akan menyebabkan saluran darah kecil mudah pecah. Antara tanda darah terlalu cair, terdapat lebam tanpa sengaja pada badan. Paling teruk, pada mata akan terbit darah.

KENAPA LELAKI TIDAK BOLEH PAKAI EMAS

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori² & masuk ke dalam darah manusia.

Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah & urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental & fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil.

Alzheimer bukan penuaan normal tetapi merupakan penuaan paksaan @ terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan & Sugar Ray Robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas?

Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi."

Itulah sebabnya Islam mengharamkan lelaki MEMAKAI emas & membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dalam satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki MEMAKAI emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari & Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim).

Wallahua'lam



PETUA RAWAT KULIT MELECUR

AIR
Alirkan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit.

DAUN LIDAH BUAYA DAN BUAH MANJAKANI
Sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

KOPI
Letakkan kopi serta merta bahagian yang yang melecur. Anda akan rasa pedih untuk seketika.

Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh._

KAPUR SIRIH
Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur.Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut._

GETAH PELEPAH PISANG
Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh._

TELUR
Pecahkan sebiji telur dan kacau.Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

SABUN MANDI
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.


UBAT GIGI DAN KUCAP ATAU MAJERIN
▫Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur. Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam._

Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

6 amalan paling mudah untuk dapat pahala walaupun selepas meninggal dunia:


1. Letakkan Al-Quran di mana-mana masjid untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

2. Sumbangkan kerusi roda di mana mana hospital untuk digunakan oleh pesakit.

3. Turut serta menyumbang dalam membina masjid walaupun dengan satu beg simen.

4. Letakkan air sejuk di mana mana tempat awam untuk diminum oleh orang yang lalu lalang.

5. Tanamlah pokok yang orang lain boleh berteduh di bawahnya.

6. Dan yang paling mudah lagi sebarkan mesej ini ke grup lain semoga diamalkan oleh orang lain dan anda juga akan mendapat pahala.

TAHUKAH ANDA?

KETIKA BERSIN
Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

MENGUAP
Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

KEBAIKAN BUAH KURMA
Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.* Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

💧Tahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

💧Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

💧Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

💧Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

💧Tahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,*  Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak,


Rasulullah S.A.W bersabda :*
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Friday, March 29, 2019

CARA BERKESAN UNTUK PULIHKAN TELEFON BIMBIT YANG MASUK AIR

Bukan kena air sikit-sikit, memang tenggelam habis. Lepas angkat tu cepat-cepat offkan. Bila masuk rumah, terus bukak compartment yang boleh dicabut lak. Masa bukak slot memory card & simkad ada air lagi menitis keluar.

Lap kering, kemudian masukkan handphone dalam plastik berisi beras untuk keringkan air sementara nak beli bahan penyahlembapan / Silika Gel. Lepas tu masukkan silika Gel & handphone dalam bekas kecil (supaya tak serap kelembapan udara dlm bilik).Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum cuba on kan handphone.

TIPS KALAU PHONE MASUK AIR

1. Cepat cepat keluarkan dari air. Lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.

2. Biasanya kalau tak terendam lama sangat, phone masih on lagi beberapa saat. Matikan phone atau tekan butang off atau terus keluarkan bateri. Mana² yang lebih cepat supaya tak berlaku short circuit & ic phone terbakar.

3. Lap kering phone. Leraikan semua bahagian yang boleh dicabut.

PETUA ORANG DULU DULU

BATUK
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

CIRIT BIRIT
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.

DIGIGIT KALA JENGKING
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.

HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

HILANGKAN GATAL GIGITAN NYAMUK
Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.

Petua Mengeluarkan Batu Karang secara tradisional

PETUA YANG BOLEH DIAMALKAN

1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari ke-6, jangan makan malam.

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), boleh beli di kedai farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam, campurkan satu cawan minyak zaitun (250 ml) ataupun minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon).

Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

Dengan izin Tuhan, semasa membuang air besar keesokan paginya, kelihatan batu karang keluar.

Boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal tetapi lagi bagus epal hijau.

Gunalah berapa biji epal pun kerana tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas ataupun 1 liter.

Langkah-langkah mencegah berlakunya penyakit batu karang ataupun mengurangkan risiko penyakit :

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

2. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

3. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini, ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

4. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

5. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

6. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.

PETUA RAWAT GUSI BERDARAH

PETUA 1

Bancuh setengah sudu teh garam dengan segelas air suam. Gunakan untuk berkumur setiap hari selepas bangun dari tidur. Kesan ketara kelihatan dalam masa 3 hari.

PETUA 2

Rebus beberapa helai daun kacang dan daun inai sehingga mendidih. Masukkan sedikit asam gelugur dan garam. Kacau hingga garam larut dan tutup api. Suamkan dan gunakan untuk berkumur. Lakukan hingga sembuh.

Thursday, March 28, 2019

PETUA TINGKATKAN DAYA INGATAN


1. KOPI
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

2. LATIHAN MENTAL
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang, cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

3. LATIHAN FIZIKAL
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

4. CHEWING GUM
Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

5. GINGKO BILOBA
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

6. MINYAK IKAN
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

KHASIAT DAUN KARI


PENAWAR CIRIT BIRIT DAN BUASIR
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

LOYA DAN PENING
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

DIABETIS
Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

AGAR RAMBUT PANJANG DAN SIHAT
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

MERAWAT GIGITAN HAIWAN BERBISA
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

LEBAM DAN BENGKAK
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

PETUA ORANG DULU DULU

ARI ARI PEDIH
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

MERAWAT ASMA
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

BARAH
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

BATUK LELAH
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Tuesday, March 26, 2019

PETUA HILANGKAN PEPIJAT

Yang kecil kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.

Pijat nie suka menyelit di celah celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.

Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap hari terbaik! Tepuk² atau tumbuk tilam dan bantal  yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ pepijat yang bergayutan.

1. Sembur seluruh bilik dan celah celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. dan tutup pintu bilik rapat rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat² semua keluar. Buang pijat pepijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur² pijat.

2. Tutup sebarang rekahan atau lubang lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue/glue gun. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu.

3. kulit durian, letakkan di bawah katil atau di tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari.

4. kulit limau nipis. Letakkan di tempat² yang dirasakan strategik.

5. Gunakan daun durian belanda.Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk.Letak di bawah tilam dan katil.

6. Kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga di celah celah rekahan atau lubang² di lantai.

PETUA MELEGAKAN SAKIT PERUT

PETUA 1
Renehkan susu kambing asli (mentah) bersama dengan buah tamar. Amalkan meminumnya selalu.

PETUA 2
Ramas 3 biji pisang kelat yang ranum bersama kulit-kulitnya dan ambil airnya untuk diminum.

PETUA 3
Tumbuk halia sebesar ibu jari, 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah dan 7 biji lada hitam hingga lumat. Perah airnya untuk diminum.

CARA MENGHILANGKAN GORESAN PADA SKRIN HANDPHONE


UBAT GIGI
Caranya cukup mudah, yakni dengan mengoleskan ubat gigi sedikit ke ujung kapas atau kain bersih yang lembut, setelah itu gosokan secara perlahan dengan gerakan melingkar pada skrin sampai terlihat goresan itu hilang.

Setelah itu, bersihkan skrin menggunakan kain lembut yang sedikit dibasahi untuk menghilangkan sisa ubat gigi yang berlebihan.


MINYAK MASAK
Untuk goresan kecil atau goresan tersembunyi, minyak sayur dapat digunakan untuk menghilangkan goresan tersebut. Caranya hampir sama dengan cara yang dilakukan diatas. Setelah itu, untuk menghilangkan sisa minyak agar tidak licin dilayar, Anda cukup gunakan tisu untuk membersihkannya.

BEDAK BAYI
Bedak bayi dicampur dengan air menciptakan pasta tebal yang dapat digunakan untuk menghilangkan goresan pada handphone Anda. Ini merupakan bahan yang paling sederhana untuk menghilangkan goresan pada handphone Anda.

PUTIH TELUR &TAWAS
Caranya adalah dengan mencampurkan putih telur dari 1 butir telur & 1 senduk teh tawas dalam panci. Panaskan sampai suhu 150 darjah Fahrenheit. Rendam kain microfiber dalam telur dan campuran tawas. Masukan kain pada aluminium foil, dan kemudian menempatkannya ke dalam oven 300 darjah sampai kain benar² kering. Ambil kain keluar dari oven dan bilas dengan air dingin selama 20 sampai 30 detik.

Ulangi langkah di atas 3 kali, dan kemudian membiarkan kain udara kering selama 48 jam. Setelah itu, gunakan kain untuk menghapus goresan dengan cara digosokan secara perlahan.

MINYAK KAYU PUTIH
Cara yang ini memang sangatlah sederhana, namun minyak kayu putih yang digunakan cukup 1-3 titis saja. Anda hanya perlu bantuan dengan menitiskannya pada tisu, lalu gosokan secara melingkar pada goresan.

CARA MERAWAT PENYAKIT SOPAK GARAM

Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang² lama menyebutnya, kena "ludahan jin".Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk._

CARA RAWATAN
1. sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.

2. mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.

3. mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.

4. mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.

5. kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.


Monday, March 25, 2019

PETUA UNTUK KEBAS DAN SAKIT URAT SARAF TANGAN

Rebus serai, halia dan halba.Minum 3 kali sehari.( boleh campur daun pandan).

MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.

CARANYA..
Serai 6 batang diketuk
Daun pandan 2 helai dikoyak koyak
Halia besar 5 jari dimayang 
Halba 2 sudu besar
Air 1 1/2 botol mineral besar atau  bersamaan dengan 6 gelas air ( biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).

DAN Madu lebah asli 1 sudu besar/kecil
(masukkan dalam gelas minuman dan pastukan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.

Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.

Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku , baru boleh Campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar kedalamnya.

Minum 3 gelas sehari.

yang penting:Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.


KEBAIKAN JANTUNG PISANG UNTUK KESIHATAN

Jantung pisang mempunyai serat sprt daging.Selain itu ia juga adalah ubat herba.

1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.

2. Membanyakkan susu ibu.

3. Rawatan gastritis.

4. Rawat luka segar dan menghisap nanah.

5. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.

6. Kurangkan gula dlm darah untuk pengidap kencing manis.

7.Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.

8. Membantu aliran darah dengan baik.

9. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.

10.  Membuat kulit licin.

3 PERKARA PERLU DIELAK APABILA MAKAN LEWAT MALAM

*Berikut adalah TIPS 3 perkara yang perlu dielak jika anda berasa lapar tengah 

3 PERKARA PERLU DIELAK

1. Elak minuman berkafein. Kafein memberi anda kesegaran dan menyukarkan anda kembali tidur

2. Elak makanan proses & tinggi lemak. Makanan proses dan tinggi lemak tidak sesuai dimakan pada waktu tengah malam. Ia akan banyak disimpan sebagai lemak badan yang menjadi toksin kepada tubuh badan

3. Elak makanan karbohidrat ringkas berkalori tinggi. Karbohidrat memberi anda tenaga dan menyukarkan anda tidur semula. Walaupun anda tidur akibat keletihan, kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

PANDUAN CUCI SKRIN TV


1. JANGAN Gunakan air atau kain yang lembab (ada air) untuk lap permukaan skrin

2. JANGAN Gunakan Tisu untuk lap skrin TV.
Kesalahan Mencuci skrin TV akan menyebabkan lapisan anti glare rosak.

3. Gunakan Cecair khas yang dibuat untuk mencuci skrin TV.

4. Gunakan kain yang lembut, bersih, tidak berserat, dan kering.

ANTI GLARE Apa tu❓

👉🏻 Anti Glare (Anti Silau) Meredupkan pembiasan cahaya yang ada diluar mahupun yang dihasilkan oleh TV.

Apa² jenis anti-glare tetap bertujuan agar mata tidak terlalu letih (kerana tontonan yang lama) kerana cahaya yang dipantulkan dari layar Skrin TV.

📝 Anti-Glare Tidak terdapat pada Skrin Monitor CRT



PETUA MENYEMBUHKAN SAKIT GIGI


RAMUANNYA
Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.

Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.

Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.

Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.

Garam dapat menahan pengaliran darah.

PETUA MENGHILANGKAN PARUT

BAHAN BAHAN
1. Kunyit hidup
2. Daun pisang
3. Garam

PROSES PENYEDIAAN
Caranya ialah mula-mula tumbuk kunyit hidup sehingga lumat  (macam tumbuk sambal) , kemudian letak sedikit garam.

Selepas itu bungkus sebatian di dalam daun pisang.

Langkah terakhir ialah dengan memanggang bungkusan kunyit  (letakkan diatas sudu) dan diletakaan diatas api dapur.

Pastikan api kecil jangan sampai hangus. Tujuan kita ialah cuma untuk memanaskan sebatian tersebut.

Biarkan sehingga suam, kemudian letakkan dibahagian berparut.

Ulang langkah tersebut setiap hari. InysaAllah parut yang baru akan cepat hilang.

Kalau parut lama ambil masa sikit lah.


PETUA KEMPISKAN PERUT

Cara untuk mengempiskan perut dengan cepat dan selamat
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

PETUA HILANGKAN BAU BADAN

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. 

Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), 

kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. 

Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

CARA PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN YANG BETUL

Tips ringkas aircond (tengok simbol)

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

PETUA @TIPS MEMASAK DENGAN MUDAH

11 Tips Di Dapur Untuk Memasak Dengan Mudah

1. Bagaimana untuk memastikan kek sentiasa lembut 

Tutup bahagian kek yang terdedah dengan kepingan roti dan pencungkil gigi. Kemudian kek tersebut akan kekal lembut dan segar.

2. Bagaimana untuk memasak ikan panggang tanpa melekat.

Letakkan ikan pada kepingan lemon. Ia akan memberi rasa yang menarik untuk hidangan dan yang paling penting, ia tidak akan melekat pada grill.

3. Bagaimana untuk mengupas halia cepat 

Cuba  kupas halia dengan sudu. Halia tersebut takkan dibazirkan berbanding dengan cara anda menggunakan pisau. Jadi, tak ada la halus je halia tu nanti.

4. Bagaimana untuk menjadikan telur segar untuk lebih lama 

Sapu kulit telur dengan minyak sayur-sayuran sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk, dan ia akan kekal segar untuk beberapa minggu.

5. Bagaimana untuk mengelakkan pisang dari terlebih masak 

Bungkus pangkal pisang dengan plastik jadi pisang tersebut akan tahan 3-4 hari lebih lama. 

6. Bagaimana untuk mencairkan mentega beku 

Untuk membuat mentega beku lembut, panaskan cawan menggunakan air panas  dan letakkan di atas mentega. Ia akan lembut dalam masa beberapa minit.

7. Bagaimana untuk menyimpan biskut supaya sentiasa rangup 

Kalau biskut masuk angin mesti tak sedap, jadi lemau. Jadi untuk elakkannya dari terjadi, letak sepotong epal dalam balang. Senang kan?

8. Bagaimana untuk membuat kiub ais yang unik 

Bekukan hirisan lemon dalam kiub ais macam ni. Bila nak minum, senang je nak buat ais lemon tea.

9. Jangan biarkan bawang putih dan bawang menjadi berkulat 

Letakkan bawang merah dan bawang putih dalam beg kertas tercucuk supaya ia tidak rosak dengan cepat.

10. Bagaimana untuk menyimpan sayuran supaya ia kekal segar dan hijau 

Sebelum menyimpan sayur-sauran ke dalam peti sejuk, bungkus dahulu. Ia akan membantu sayur-sayurean tersebut kekal segar dan tahan lebih lama.

11. Bagaimana untuk mengupas bawang putih dalam beberapa saat 

Masukkan bawang dalam bekas dan goncang. 

PETUA MERAWAT RESDUNG

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).

Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya.

Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.