Showing posts with label HERBA & ULAM. Show all posts
Showing posts with label HERBA & ULAM. Show all posts

Saturday, October 23, 2021

KHASIAT BONGLAI UNTUK KESIHATAN

Bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, kulai, merkulai, bol, boloi, bikir, bekak, merulai, atau pokok biji lunang ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent. Pucuk dan buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.


Pokok sederhana besar setinggi 20 m, tidak banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, sederhana besar, berbentuk corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak bunga yang keluar di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok dan berjuntai. Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih.


MENGATASI SAKIT DEMAM

Pengamal perubatan tradisional menggunakan bahagian rizom yang dipercayai dapat membantu untuk mengatasi sakit demam, sakit kepala, batuk berkahak, angin dalam perut, sembelit, sakit kuning, penyakit cacing dan reumatisme (penyakit yg dicirikan oleh radang dan rasa sakit, terutamanya pada otot dan sendi).Bonglai juga digunakan sebagai ramuan jamu selepas bersalin serta mengatasi masalah kegemukan. Bahagian daunnya pula digunakan untuk mengatasi masalah kurang selera makan dan perut sebu.


MENGATASI KEGEMUKAN

Bagi mengatasi masalah kegemukan, ambil rizom bonglai dan temu lawak masing-masing sebesar ibu jari, dicuci dan diparut halus. Tambahkan satu sudu makan air perahan limau nipis dan dua sudu makan madu. Kemudian gaul sebati, perah dan tapis. Air perahan tersebut boleh diminum 2-3 kali sehari.


MENGHINDARI MAKHLUK HALUS

Di Indonesia, masyarakatnya menggunakan bonglai sebagai tangkal bagi menghindari gangguan makhluk halus, terutamanya bagi bayi yang baru lahir. Untuk menenangkan bayi dan anak yang sering menangis pada waktu malam, parutan bonglai segar disapukan pada kening dan badan anak.


ANTI KERADANGAN

Daripada kajian makmal, bonglai didapati mengandungi bahan seperti analgesik, antineuralgik, antikeradangan, antiseptik, antipasmodik, antitoksik, antivirus, karminatif pencernaan, diuretik, fabrifuj, laksatif, rubefasien rangsangan, stomakik, tonik dan vermifuj.


MINYAK URUT

Di Thailand, bonglai dijadikan minyak untuk aromaterapi dan juga sebagai campuran minyak urut. Minyak ini juga dikatakan mampu mengatasi masalah otot.


Friday, October 22, 2021

KHASIAT SAYUR KHAILAN UNTUK KESIHATAN

Kailan (Jawi: ‏کايلن‎‎; juga ditulis sebagai gai-lan) adalah sayuran daun memaparkan daun tebal, rata, berkilat biru-hijau dengan batang tebal dan sebilangan kecil kepala bunga kecil serupa brokoli. Brokoli dan kailan tergolong dalam spesies yang sama Brassica oleracea, tetapi kailan adalah dalam kumpulan alboglabra [Latin: "albus+glabrus" - putih dan tidak berbulu]. Rasanya adalah sangat serupa dengan brokoli, tetapi sedikit lebih pahit dan lebih nyata.

Sayur ini dimakan secara meluas dalam masakan China dan kini terbiasa dalam juadah umum masakan Malaysia, Persiapan biasa termasuk kailan goreng dengan halia dan bawang putih atau ikan masin, dan direbus atau dikukus dan dihidangkan dengan sos tiram. Ia juga adalah perkara biasa dalam masakan Vietnam, Myanmar dan masakan Thai.

Sayur Khailan mempunyai khasiat tersendiri dan sama dengan sayuran lain yang selalu menjadi menu makanan kita seharian. Antara kebaikan sayur ini untuk kesihatan adalah seperti berikut :


MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Zat hijau atau klorofil pada sayur kailan memiliki peranan sebagai antioksidan dalam tubuh yang dapat mengurangi resiko kanker. Ketika kita mengkonsumsi kailan, maka tubuh kita akan menghasilkan enzim yang berfungsi menyerang sel-sel kanker. Menurut beberapa ahli, sayur kailan ini merupakan salah satu jenis sayuran anti kanser.

Sayur Khailan termasuk dalam keluarga Cruciferae mempunyai sebatian yang mengandungi sulfur yang dikenali sebagai glucosinolates. Komponen ini boleh membantu mencegah proses kanser pada tahap perkembangan yang berbeza untuk paru-paru, kolorektal, payudara, dan kanser prostat, dan mungkin melanoma, kanser esophageal, dan kanser pankreas.

MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH

Kandungan vitamin K dan serat dalam sayur kailan dapat mengurangi kadar lemak dalam darah sehingga mengurangi resiko penyumbatan pembulu darah. Oleh karena itu, jenis sayuran ini dapat mencegah terjadinya serangan jantung atau stroke akibat timbunan lemak dalam darah. Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.

Dengan memakannya, ini bermakna anda perlu membakar kalori dalam tubuh. Serat semula jadi yang mana boleh membantu melengkapkan serat anda. Serat ini akan membuatkan seseorang berasa kenyang dalam tempoh yang lama dan ia boleh mempercepatkan pemprosesan metabolisma. Dan akhirnya, ia dapat membantu mengurangkan berat badan.


KESIHATAN KULIT DAN RAMBUT
Kandungan klorofil pada sayur kailan, kadar vitamin C dan E yang mampu menghasilkan antioksidan alami bagi tubuh memiliki manfaat yang baik bagi kesehatan kulit. Beberapa kandungan tersebut akan perperan untuk menghasilkan kolagen dalam tubuh. Dimana, kolagen berfungsi untuk membuat kulit terlihat lebih cantik dan bersih, terhindar dari penuaan dini akibat keriput pada wajah. Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.


Vitamin C membolehkan tubuh membina dan mengekalkan tahap kolagen, yang memberikan struktur kepada kulit dan rambut. Zat besi pula menghalang anemia, punca keguguran rambut. Kurangnya zat besi dalam diet boleh menjejaskan keberkesanan tubuh menggunakan tenaga. Sayur kailan, bayam, lentil, tuna, dan telur adalah sumber zat besi yang baik.


MEMBANTU MENJAGA OTAK
Kandungan asam lemak omega 3 dalam sayur Kailan ini mencegah terjadinya kerusakan otak atau gangguan otak. Kandungan vitamin K dan asam lemak omega 3 ini berfungsi untuk memelihara kesehatan otak Anda dan mencegah virus untuk masuk ke otak.

Satu lagi manfaat kesihatannya adalah sumber yang baik untuk asid omega-3 yang mana diketahui ianya sangat baik untuk membantu menjaga kesihatan otak. Selain itu, vitamin K yang terdapat padanya juga dapat membantu mengurangkan risiko gangguan otak seperti Alzheimer.
 
DIABETES DAN FUNGSI HATI
Selain mengandung berbagai vitamin, sayur kailan juga mengandung asam lemak omega 3 yang berfungsi untuk menstabilkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Sebaiknya, dikonsumsi secara rutin dan hindari merebus kailan dalam air terlalu lama, karena akan mengurangi kandungan nutrisi di dalamnya

Satu cawan kailan rebus menyediakan 8 gram serat. Kailan juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai asid alpha-lipoic (ALA). Kajian menunjukkan bahawa ALA dapat menurunkan tahap glukosa, meningkatkan kepekaan insulin, dan mencegah perubahan yang berkaitan dengan tekanan oksidatif pada orang yang menghidap diabetes. Ia juga boleh membantu meregenerasi tisu hati.

MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN TULANG DAN GIGI
Kalsium yang terkandung dalam sayur Kailan berdampak positif pada kekuatan tulang dan gigi. Hal ini tentu menghindarkan kita dari resiko Osteoporosis. Menurut pendapat ahli gizi, kandungan kalsium pada sayur Kailan lebih tinggi dibandingkan dengan di dalam susu. Oleh karena itu, sayur Kailan sangat dianjurkan untuk dikonsumsi sebagai pengganti susu, apabila Anda alergi terhadap susu.

Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.

MEMBANTU PENCERNAAN DAN SEMBELIT
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.

Kandungan serat pada Kailan ini sangat tinggi, sedangkan kadar lemaknya tidak ada sehingga sayuran ini sangat baik untuk melancarkan buang air besar. Dan tentunya memelihara kesehatan pencernaan Anda, seperti lambung dan usus.
 

MENGHALANG ANEMIA
Kandungan nutrisi lainnya yang terdapat pada Kailan yaitu zat besi. Ketika kita mengkonsumsi kailan, kadar zat besi yang dihasilkan sayur Kailan lebih tinggi daripada saat kita mengkonsumsi daging sapi. Dengan demikian, sayur kailan dapat membantu pembentukan hemoglobin, memperbarui sel-sel tubuh, menghasilkan oksigen ke seluruh tubuh dan mencegah resiko terjadinya animea.

Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.

 
MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN MATA
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata. Selain vitamin K, sayur Kailan juga mengandung vitamin A dan Luthein yang baik bagi kesehatan mata, khususnya mencegah dan memelihara mata akibat kemungkinan terjadinya kerusakan retina mata akibat efek sinar ultraviolet.
 
Untuk cadangan menu masakan bagi resepi ini ialah Khailan Ikan masin. Resepi menu utama yang selalu korang order semasa di restoran.
 
RESEPI KHAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
  • 1 cekak sayur kailan
  • 1 camca besar penuh isi ikan tenggiri masin - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 2 camca besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Sos ikan secukup rasa
 
CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
  1. Cuci sayur kailan, kemudian rendam dalam air yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit.
  2. Toskan, asingkan batang dan daunnya. Potong daun sayur kailan dan ketepikan. Batang sayur kailan diketuk-ketuk sedikit dengan pisau, kemudian hiris. Ketepikan.
  3. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api kecil.
  4. Tolak ke tepi kuali. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau rata dengan ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu.
  5. Tambah sos tiram, kacau dan tuang air. Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk.
  6. Masukkan pula daunnya, besarkan api, kacau dan masak hingga lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa.
  7. Gaul rata dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.Selamat mencuba.


KHASIAT SAYUR KUBIS UNTUK KESIHATAN

Kubis bulat (Jawi: ‏كوبيس بولت‎‎; bahasa Inggeris: Cabbage) atau nama saintifiknya Brassica oleracea merupakan sejenis sayur daun. merupakan nama sains bagi bunga kubis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus.

Kubis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. [perlu rujukan] Amalan memakan kubis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam. Memandangkan kubis mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat kubis kepada kesihatan:

 MENGURANGKAN KOLESTROL

Kubis membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Terdapat pelbagai kajian telah mendapati bahawa kubis mempunyai aktiviti hypolipidaemia yang boleh membantu menurunkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL-kolesterol) serta meningkatkan paras kolesterol baik (HDL-kolesterol). Kubis juga mengandungi sejenis bahan dikenali sebagai phytosterol yang mempunyai struktur seperti kolesterol dan boleh menghalang penyerapan kolesterol di dalam sistem pencernaan sekaligus menurunkan paras LDL-kolesterol dalam darah.

 

MENGAWAL TEKANAN DARAH

Kubis juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Hal ini kerana kubis mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah seterusnya menurunkan dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.

 

MENGAWAL DIABETIS

Kubis membantu mengawal paras gula dalam darah. Kubis mempunyai serat yang boleh membantu melambatkan penyerapan gula di dalam darah sekaligus boleh mencegah paras gula daripada menjadi tinggi secara mendadak. Selain itu, ia juga tinggi dengan antioksidan yang boleh membantu dalam penghasilan insulin yang berperanan untuk  mengawal keseimbangan tahap gula dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan gula oleh sel badan seterusnya boleh mencegah peningkatan paras gula dalam darah.

 

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Kubis juga  menurunkan risiko penyakit kardiovaskular sehingga 5%. Terdapat kajian yang dijalankan yang telah mendapati bahawa pengambilan diet yang tinggi sayur-sayuran seperti kubis boleh menyumbang kepada penurunan berat badan sekaligus berupaya menurunkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular.

 

BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN DAN SEMBELIT

Kubis  juga sesei untuk sistem penghadaman dan boleh membantu mencegah masalah seperti sembelit. Hal ini kerana sayur kubis tinggi dengan serat yang penting untuk sistem penghadaman badan kerana fungsinya yang boleh meningkatkan kadar pergerakan usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.Kandungan prebiotik yang terdapat di dalam kubis juga berperanan penting dalam memastikan kesihatan usus yang baik sekaligus boleh membantu sistem penghadaman. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak kubis boleh menghalang pembentukan ulser di perut yang boleh menyebabkan seseorang merasa pedih ulu hati, ketidakselesaan di perut dan loya.

 

MENURUNKAN BERAT BADAN

Kubid membantu untuk menurunkan berat badan. sayur kubis mempunyai serat yang boleh memberi rasa kenyang dan puas apabila dimakan sekaligus mencegah seseorang daripada makan berlebihan. Serat yang ada di dalam kubis juga boleh mememberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

 

MENCEGAH KERADANGAN

Kubis berpotensi untuk mencegah keradangan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular.kandungan antioksidan dan serat yang terdapat di dalam kubis yang mempunyai sifat antiradang sekaligus berpotensi menjadi terapi pencegahan dan mengurangkan kesakitan akibat keradangan.

 

BAIK UNTUK PENYAKIT ALZHEIMER

Alzheimer boleh dikurangkan jika anda memakan sayur kubis setiap hari. Vitamin K yang sangat hadir di kubis bertanggungjawab untuk ini. Ini adalah salah satu manfaat yang kurang dikenali untuk memakan Kubis.

Kubis juga didapati bagus untuk penyakit Alzheimer. Kajian telah mendapati bahawa kubis merah mempunyai kandungan anthocyanin yang boleh melindungi sel daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan oksidatif stres yang membawa kepada kerosakan sel-sel di otak seterusnya menyebabkan penyakit Alzheimer.

 

MENCEGAH KANSER

Kubis adalah individu dari keluarga brassica, jika tidak disebut sayuran cruciferous. Salah satu kelebihan mereka yang paling penting adalah kesejahteraannya. Ini membayangkan kubis dan sayur-sayuran setanding lain menggali radikal bebas dari sekeliling tubuh, yang boleh sangat menghalang kesejahteraan umum dan menjadi penderma yang penting terhadap perkara seperti keganasan dan penyakit koronariK

Kubis juga berpotensi untuk mencegah kanser. Hal ini kerana kubis mempunyai aktiviti antikanser yang kebanyakannya disumbangkan oleh produk penguraian glucosinates seperti isothiocyanates, nitriles, thiocyanates, epithionitriles dan oxazolidines.

 

RESEPI SAYUR KUBIS TELUR


BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 biji kobis sederhana besar - dipotong kecil memanjang, bersih & toskan.
  • 2 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*bahan ini dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2  kiub pati ayam
  • 2 biji telur ayam - dibasuhkan terlebih dahulu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk kunyit (Pilihan)

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam serta sedikit garam, kacau bahan-bahan ini.
  3. Pecahkan telur dalam kuali tumisan & kacaukan lah telur tersebut.
  4. Masukkan kobis, kacau serta masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Gaulkan sayuran tersebut sehingga sebati.
  6. Rasalah kesesuaian citarasanya dengan selera kita, apabila rasanya telah puas hati, matikan api.
  7. Bolehlah dihidangkan.

KHASIAT BAYAM BRAZIL UNTUK KESIHATAN

Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada Brazil.

Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.  Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-

 

MELAWAN PENYAKIT KANSER

Bayam Brazil yang tinggi dengan flavonoid dan asid fenol dikenali dengan ciri-ciri anti kanser. Ini terutamanya disebabkan oleh sifatnya sebagai antioksida dan antiradang. Kajian menunjukkan sayur bayam yang kaya dengan komponen-komponen ini boleh mencegah dan mengawal pembiakan kanser perut dan kanser payudara dengan mengaruh apoptosis (kematian sel secara terprogram untuk membunuh sel kanser).

 

MENGEKALKAN KESIHATAN MATA

Bayam Brazil baik untuk kesihatan mata jangka panjang. Dua komponen terbesar dalam sayur bayam iaitu lutein dan zeaxanthin boleh melindungi daripada penyakit mata seperti degenerasi macula yang menyebabkan gangguan penglihatan tengah (pusat) secara perlahan pada orang tua. Kajian menunjukkan komponen-komponen ini menapis cahaya biru berbahaya dan memelihara kesihatan macula. Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan lutein daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam dikaitkan dengan penurunan penyakit katarak (kekaburan kanta mata).

 

MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Bayam Brazil yang tinggi dengan serat tidak larut sering dikaitkan dengan pengawalan berat badan yang baik. Pengambilan serat tidak larut akan menyumbang kepada rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan mengelakkan daripada pengambilan kalori yang berlebihan.

 

MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI BADAN

Bayam Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, sayur bayam juga boleh melindungi dan menguatkan sistem imun badan. Kandungan vitamin A, vitamin C dan vitamin E yang tinggi dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahan badan.

 

MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN

Kandungan serat larut yang tinggi dalam sayuran ini juga baik untuk kesihatan penghadaman. Ia dapat membantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan daripada sembelit.


MEMBANTU MELANCARKAN DARAH

Bayam Brazil merupakan salah satu makanan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah disebabkan oleh kandungan nutrisi berkhasiat seperti kalium, folat dan magnesium yang baik untuk jantung. Pengambilan kalium yang mencukupi adalah faktor penting untuk mengekalkan tekanan darah yang baik.

 

MENGEKALKAN KESIHATAN IBU MENGANDUNG

Bayam Brazil merupakan salah satu makanan dengan kandungan folat yang tertinggi. Asid folik adalah nutrien yang sangat penting kepada ibu mengandung untuk membantu penghasilan sel darah merah dan mengelak sebarang kecacatan janin (spina Bifida). Banyak kajian telah membuktikan peranan asid folik dalam memastikan kehamilan yang sihat. Malah ibu disarankan untuk mengambil suplemen asid folik sebelum dan semasa mengandung bagi mendapat folat yang mencukupi.

 

MENGEKALKAN STAMINA

Kandungan asid folik dalam bayam Brazil dapat membantu perlancaran perjalanan darah.Khasiat bayam Brazil antaranya adalah mengekalkan stamina sepanjang hari kerana peredaran darah yang lancar dapat membawa oksigen keseluruh badan sekaligus membuat kita merasa bertenaga.

 

Antara lain khasiat Bayam Brazil adalah seperti berikut

  1. Mencegah Anemia
  2. Mengatasi Masalah Gusi
  3. Nutrisi Yang Baik Untuk Pembesaran
  4. Mengekalkan Kesihatan Mulut
  5. Mengikat Kalsium
  6. Mencegah Penuaan Pramatang
  7. Salah Satu Sumber Vitamin K
  8. Menguatkan Tulang
  9. Mengelakkan Daripada Sembelit

Bagi mendapat khasiat bersih dari Bayam Brazil, disini saya kongsikan resepi paling sesuai untuk dimasak dan untuk mendapatkan khasiat dalam sayur ini. Resepi saya kongsikan ini adalah Bayam Brazil masak tumis air.

BAHAN BAHAN

  • Seikat Bayam Brazil dipotong
  • Sebiji bawang merah dihiris nipis
  • Sebiji bawang putih dihiris nipis
  • Sebiji lada merah dihiris nipis
  • 5-6 ekor ikan bilis dibasuh bersih
  • 1/4 cawan udang putih
  • Sepeket cendawan tiram dipotong dan dibersihkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 cawan air

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis.
  2. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau dan masukkan garam.
  3. Masukkan Bayam Brazil, cendawan tiram, udang dan air.
  4. Gaul rata dan tambahkan cili merah.Biarkan seketika sehingga sayuran masak dan bolehla dihidanhkan.


KHASIAT SAYUR KANGKUNG UNTUK KESIHATAN

Kangkung atau Kangkong (Jawi: ‏کڠکوڠ‎‎);(nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania.Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.

Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.

 

CIRI CIRI SAYUR KANGKUNG

Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun, sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.

Kangkung merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman. Untuk mencapai kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun agak rapuh dan mudah patah. Kangkung dituai dengan mencabut pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung kemudianya hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibungkus jika ia adalah untuk jualan pasaran. Selain itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian pertama tak dituai sekali dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas tuaian pertama akan menghasilkan daun dan batang kangkung lebih kecil dari biasa.

Kangkung yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15°C dengan kadar kelembapan relatif 90-95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain, kangkung amat sensitif dengan gas etilena dan perlu dielak dari disimpan bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena terutamanya buah-buahan.

Sayur kangkung dikatakan mempuyai banyak khasiat iaitu antaranya Kajian yang dilakukan terhadap tikus mengandung dengan diabetes-cetusan menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di usus. Antara khasiat lain Sayur Kangkung :

 

1. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL DALAM DARAH

kandungan sterol yang tinggi dalam sayur kangkung mampu menurunkan kolesterol jahat dalam darah secara semula jadi.

 

2. PENJAGAAN DARI PENYAKIT JANTUNG

kangkung mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk jantung. Kandungan nutrien berkhasiat seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

 

3. MELINDUNGI HATI

Peranan kangkung dalam memelihara kesihatan hati adalah dengan mengaktifkan sistem enzim hati yang akan membersihkan hati (detoks) dari toksin dan racun. Selain itu, kangkung juga mempunyai sifat antikosida dan antiradang yang boleh mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas.

 

4. MENCEGAH ANEMIA

Kandungan zat besi yang tinggi di dalam sayur kangkung menyebabkan sayur ini sering disyorkan kepada pesakit anemia. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Disebabkan ini, kangkung juga baik untuk ibu mengandung bagi memenuhi keperluan zat besi yang lebih tinggi.

 

5. MENCEGAH KENCING MANIS ATAU DIABETIS

Peranan kangkung dalam mencegah penyakit diabetes adalah dengan melambatkan penyerapan gula ke dalam darah dan membantu mengangkut gula dalam darah ke dalam sel-sel badan. Pemberian ekstrak kangkung kepada tikus makmal menunjukkan keberkesanan penurunan bacaan gula yang sama seperti ubat diabetes. Namun lebih banyak lagi kajian diperlukan untuk menunjukkan kesan yang sama kepada pesakit diabetes.

 

6. MENCEGAH KANSER

Kangkung adalah salah satu pilihan makanan yang digunakan dalam rawatan tradisional untuk mencegah dan merawat kanser. Malahan, kajian in vitro (ke atas sel dalam piring petri) menunjukkan kangkung memberi kesan sitotoksik kepada sel-sel kanser buah pinggang, jantung dan juga larink (peti suara).

 

7. MENJAGA KESIHATAN MATA

karotenoid, lutein, zeaxanthin dan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata. Lutein dan zeaxanthin boleh melindungi daripada penyakit mata seperti degenerasi macula yang menyebabkan gangguan penglihatan pusat pada orang tua. Kajian menunjukkan dua komponen ini menapis cahaya biru berbahaya dan memelihara kesihatan macula. Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan lutein daripada sayuran berdaun hijau seperti kangkung dikaitkan dengan penurunan penyakit katarak (kekaburan kanta mata).

 

8. MENJAGA KEKUATAN TULANG

Nutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang.

 

Saya kongsikan 1 resepi sayur kangkung sambil baca artikel artikel kesihatan dan kebaikan kangkung


SAYUR KANGKUNG MASAK TUMIS BELACAN

BAHAN BAHAN:

  • 2 ikat sayur kangkung kampung
  • Sedikit petai
  • 1/2 tangkai cili merah
  • Garam


BAHAN TUMBUK KASAR:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili api merah & hijau
  • Sedikit belacan
  • Sejemput ikan bilis

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata.
  2. Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung.
  3. Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak.

KHASIAT DAUN CEKUR UNTUK KESIHATAN

Cekur manis atau turut dikenali sebagai pucuk sayur manis (Jawi: ‏چکور مانيس‎‎) merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia juga dikenali sebagai mani cai (马尼菜) dalam bahasa Cina, dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Daun cekur manis juga sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin.

Ia merupakan sumber vitamin K yang baik. Bagaimanapun, satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis (akibat kepopularannya di Taiwan bagi mengawal berat badan pada pertengahan '90-an) mampu menyebabkan kerosakan paru-paru, akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverine


CIRI CIRI SAYUR CEKUR MANIS

Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 m jika tidak dicantas. Batang separa berkayu, tidak banyak percabangan jika tidak dicantas, berwarna hijau tua ketika muda, bertukar keperangan setelah matang. Daun tunggal, susunan berselang-seli, berbentuk bujur, hujung tirus, hijau tua di permukaan atas manakala hijau muda di permukaan bawah, tepi rata. Bunga tunggal, kecil, berbentuk bulat, hijau keputihan ketika muda dan bertukar merah jambu ketika tua, keluar dari celah ketiak daun di balik daun. Buah kapsul, bulat, berlekuk enam, sederhana besar, hijau muda ketika muda, bertukar putih keunguan setelah masak, merekah kepada tiga pangsa apabila telah tua bagi melepaskan biji-biji, terdapat di sebalik daun.

 

KHASIAT CEKUR MANIS

Cekur Manis mempunyai banyak khasiat yang telah dibuat kajian. Mengamalkan pemakanan sayur ini akan meningkatkan kesihatan manusia sebagaimana pemakanan terhadap sayuran yang lain. Antara khasiat sayur ini termasuklah :


1.  KAYA DENGAN VITAMIN K

Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K. yang amat baik untuk kesihatan dan merawat penyakit seperti Vitamin K membawa fungsi dan peranan yang berbeza pada tubuh. Antara manfaatnya adalah untuk

  • Kesihatan tulang - Dikatakan mungkin terdapat perkaitan antara pengambilan vitamin K yang rendah dengan osteoporosis. Beberapa kajian menunjukkan vitamin K memberi sokongan terdapat pengawalan dan pembaikan tulang yang kuat, meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.
  • Kesihatan kognitif - Peningkatan kandungan vitamin K dalam tahap darah dikaitkan dengan memori episod yang lebih baik kepada individu dewasa yang lebih berusia. Dalam kajian yang dijalankan, individu berusia lebih 70 tahun dengan kadar kandungan vitamin K yang tertinggi, mempunyai tahap ingatan dan memori episod yang tertinggi.
  • Kesihatan jantung- Vitamin K membantu menurunkan tekanan darah, dengan mencegah mineralisasi – mineral terhasil di arteri – ini membolehkan jantung mengepam darah secara bebas pada seluruh bahagian tubuh. Masalah mineralisasi juga berlaku seiring dengan peningkatan usia dan ia merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Pengambilan vitamin K yang mencukupi dapat mengurangkan risiko strok.

 

2. KAYA KANDUNGAN PROVITAMIN A, B DAN C

Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, C protein dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang.

 

3. MERAWAT TEKANAN DARAH RENDAH

Ia dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular).

 

4. MEMULIHKAN KESIHATAN

Daun cekur manis sangat berguna bagi memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin.

 

5. MENAMBAH SUSU

Selain itu, sayur cekur manis juga berupaya meransang pengeluaran susu ibu bagi wanita-wanita yang menyusukan anak.

 

Daun cekur manis juga boleh merawat :

 

  1. Pening kepala
  2. Tekanan darah rendah
  3. Panas badan
  4. Pengeluaran susu ibu yang kurang
  5. Sistem pembuangan air kecil bermasalah
  6. Penyakit jantung dan saluran darah (cardiovaskular)
  7. Wanita yang baru bersalin

RESEPI SAYUR DAUN CEKUR MASAK TUMIS AIR

Bagi mendapatkan khasiat total daripada daun cekur atau pucuk manis ini, disini saya kongsikan resepi semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat sayur pucuk manis
  • 1 peket suhun/fucuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sayur pucuk manis dan ambil daun sahaja . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih ,
  3. kemudian masukkan sayur pucuk manis dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan .
  4. Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .

KHASIAT JANTUNG PISANG

Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan

Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana di eksport ke Germany. Walaupun di eksport bertan, tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan dari Germany.   Kalau satu jantung pisang dijual dikampung2 di Thailand dgn harga 20 Baht atau dlm RM1.20 satu, tetapi bila dieksport ke Germany harganya 1000 Baht atau RM120.00 satu jantung.

Mengapa orang Germany suka jantung pisang? Untuk menjaga kesihatan dan untuk menurunkan berat badan. Orang Germany sekarang sudah beralih tidak memakan daging, sebagai ganti mereka guna jantung pisang. Mereka on 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran. Mereka masak kari, masak goreng ayam dough (?), buat sup dan salad.

Jantung pisang mempunyai serat sprt daging. Selain itu ia juga adalah ubat herba.  Banyak manfaat jantung pisang ini rupanya:

  1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.
  2. Membanyakkan susu ibu.
  3. Rawatan gastritis.Rawat luka segar dan menghisap nanah.
  4. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.
  5. Kurangkan gula dlm darah untuk pengidap kencing manis.
  6. Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.
  7. Membantu aliran darah dengan baik.
  8. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.
  9. Membuat kulit licin.

Bagi pengenalan khasiat Jantung pisang disini saya kongsikan satu resepi sambil baca khasiat boleh la masak resepi ni.

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK DENGAN UDANG

BAHAN BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang
  • 250 gram santan segar
  • Udang
  • Garam
  • Gula - opsyenal

BAHAN KISAR:

  • 2 tangkai cili merah
  • 4-5 tangkai cili api - ikut pedas disukai
  • 4-5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN

  1. Jantung pisang dikupas sehingga bahagian kulit yang berwarna cerah. Kemudian dibelah 4 dan direbus sehingga lembut. Angkat dan hiris mengikut yang disukai. Basuh dan tos.
  2. Tuang bahan kisar di dalam kuali dan masak atas api kecil seketika sehingga hampir kering. Tuang santan dan kacau rata sehingga hampir mendidih.
  3. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Masukkan jantung pisang dan garam serta gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.