Tuesday, September 24, 2019

KHASIAT POKOK MULBERI

Mulberi (juga disebut kertau) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

 

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Sebenarnya  orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu  sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah  dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi  juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.


Saya turunkan sekali lagi khasiat  pokok malberi ini  iaitu antara lain dapat  membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.


No comments:

Post a Comment