Saturday, September 28, 2019

MINUMAN BERKHASIAT SELEPAS DATANG BULAN

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.


Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid. Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

BAHAN BAHAN
1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air

CARA PENYEDIAAN

1. Basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka.

2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh hingga menjadi satu cawan air.

3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.

Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani(tidak sesuai untuk yang belum 
berkahwin)

Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih. Amalkan air ini sebulan sekali saja (ibu hamil tidak sesuai).

Rasanya tak pahit malah wangi. Namun jika ditambah manjakani ia akan jadi pahit. Pahit tu kan ubat. 

Bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur juga boleh cuba jamu ini tapi pastikan sebulan sekali saja
sebab penggunaan manjakani, sirih kunyit yang berlebihan akan boleh menyebabkan cepat putus haid.
Dah tentu kita tak mahu kan.

Khasiat minuman ini
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut.
* Mengurangkan masalah bau badan.

Dah tahu cara buat jamu sendiri, amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang.

No comments:

Post a Comment