Peria atau nama
saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya
dalam perubatan tradisional berasaskan herba. Terdapat dua jenis peria iaitu
peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih
kecil. Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim
tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Brunei, Indonesia,
Thailand, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat
diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. Bagi
mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum
dimasak. Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya
bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning
sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada
benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian,
setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan,
2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56
miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Lain-lain kandungan peria
ialah lemak dan mineral.
MENCUCI DARAH KOTOR
Peria juga boleh mencuci
darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah
dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis.
Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka
yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis.
MENGATASI KETAGIHAN ALKOHOL
Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
MASALAH BUASIR
Perahan yang sama juga
boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air
daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya
dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
No comments:
Post a Comment