Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom
Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah
sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik,
dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam
pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner
terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan
rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai
"fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80
dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".
Sebenarnya autism bukan penyakit... tapi ramai pulak yang mengatakan ianya suatu penyakit. Kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
ciri-ciri kanak-kanak autism
1. Tidak mampu Bersosial
a) Tidak
menghiraukan orang lain
b) Kelihatan
tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu
bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka
dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah
berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka
bermain sendiri
g) Tidak suka
bermain yang menggunakan imaginasi
2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat
bercakap
b) Mempunyai
masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh
berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap
dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar
memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin
mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya
3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka
melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka
mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan
minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan
objek berputar.
c) Sangat
sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan
perlakuan diluar kawalan.
d) Mempunyai
pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh
duduk diam
f) Menunjukkan
keinginannya dengan tangan orang dewasa
4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka
mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif
seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap
positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu
bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi
perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain
dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma☝ kebanyakkan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.
No comments:
Post a Comment