Showing posts with label PETUA ORANG DULU. Show all posts
Showing posts with label PETUA ORANG DULU. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

KEMPISKAN PERUT DENGAN ASAM GELUGUR

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff) atau asam keping merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. 

Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugur di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran. Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN ASAM GELUGUR / KEPING

Petua ni bukan sahaja boleh bantu kempiskan perut yang buncit. Malah, ia juga bantu turunkan berat badan dan hilangkan rasa sakit kepala. Jom cuba, bahan mudah sahaja semestinya ada di dapur.


BAHAN BAHAN

  • 2 atau 3 keping asam gelugur / asam keping
  • Air panas.


CARA PENYEDIAAN

  • Basuh dahulu Asam Gelugur / Keping
  • Masukkan 2 atau 3 keping asam gelugur bersama 1 cawan air panas.
  • Biar semalaman sehingga Asam kembang dan keluarkan pati.
  • Bangun tido waktu pagi dan boleh minum.
  • Minum waktu pagi sebelum sarapan masa perut kosong.
  • ( Boleh buat dan minum 3 atau 4x dalam masa 1minggu)




Friday, November 27, 2020

PETUA MENDAPATKAN TELUR REBUS YANG LICIN

Telur rebus merupakan telur yang dimasak di dalam air mendidih dalam keadaan masih terbungkus kulit telur. Telur rebus adalah makanan yang terkenal semasa sarapan pagi di kebanyakan beberapa buah negara.

Telur yang di masak di dalam air tanpa cengkerang dikenali sebagai telur kukus, sedangkan telur yang dimasak di bawah suhu didih, baik dengan atau tanpa cengkerang dikenali sebagai telur separuh masak. Telur rebus yang masak direbus dalam tempoh yang lama sehingga putih telur dan kuning telur menjadi pepejal sedangkan pada telur separuh masak, kuning telur kurang pepejal kadangkala malah berwarna putih atau sebahagian berbentuk cecair.

Telur Rebus mengandung tenaga sebanyak 154 kilokalori, protein 12.2 gram, karbohidrat 0 gram, lemak 0 gram, kalsium 54 miligram, fosforus 0 miligram, dan zat besi 2.7 miligram. Selain itu di dalam Telur Rebus juga mengandungi vitamin A sebanyak 900 IU, vitamin B1 0.1 miligram dan vitamin C 0 miligram. Hasil tersebut didapati melalui kajian terhadap 100 gram telur rebus, dengan jumlah yang dapat dimakan sebanyak 100 %.

PETUA MENDAPATKAN TELUR REBUS YANG LICIN

Untuk mendapatkan telur rebus yang licin dan mudah dikupas, masukkan sedikit garam dan minyak masak ketika merebus telur.

  • Pastikan telur tenggelam ketika merebus telur.
  • Manakala Untuk mendapatkan telur rebus dengan kuning telur di tengah-tengah, kacau telur perlahan-lahan ketika air mula mendidih sehingga telur masak sepenuhnya. Telur kuning akan berada di tengah-tengah.

.

Monday, October 19, 2020

PETUA HILANGKAN PANAU


Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis .versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh



Di bawah ini merupakan ubat secara tradisional yang berkesan untuk merawat penyakit panau anda. Selamat mencuba

1. DAUN PINANG

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.


2. BUAH PINANG

Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

 

3. DAUN BELIMBING

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.


4. DAUN KESUM DAN MINYAK TANAH

Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.


5. DAUN GELENGGANG

Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.


6. HALIA

Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.


7. PUCUK LADA

Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.


8. BAWANG PUTIH DAN HALIA

Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.


9. LENGKUAS

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.


10. DAUN LENGKUAS

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.




PETUA MENGUBATI KULIT TERPERCIK MINYAK PANAS

.

Lecur atau luka bakarmerupakan sejenis kecederaan yang berlaku pada daging atau kulit disebabkan terkena kepada haba, elektrik, bahan kimia, cahaya, sinaran atau geseran. Kebanyakkan kejadian lecur hanya memberi kesan kepada kulit (tisu epidermis). Bahagian tisu yang lebih dalam seperti otot, tulang dan pembuluh darah juga kadang-kala mengalami lecur. Lecur mungkin boleh dirawat dengan pertolongan cemas dan dalam kes yang teruk, seseorang itu mungkin terpaksa mendapatkan rawatan di hospital

1. Sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. In Shaa Allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.Parut beberapa biji bawang merah. 

2. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberahpa hari barulah pembalut itu dibuka

3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Sunday, October 18, 2020

PETUA SUPAYA KENTANG ATAU UBI TAHAN LAMA

Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan. Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

Bagaimana cara untuk memastikan kentang atau ubi yang kita beli atau tuai bertahan lama secara tradisional. Berikut petua yang boleh diikuti

1- Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2- Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3- Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4-  Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

PETUA MERAWAT RAMBUT YANG TUMBUH JARANG

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Ramai lelaki dan wanita mempunyai masalah rambut yang tumbuh jarang–jarang iaitu menghampiri keadaan botak. Jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh mencuba cara merawat rambut jarang di bawah ini:



1 - Cara merawat rambut yang pertama adalah beli produk yang mampu melebatkan rambut anda. Gunakan produk tersebut mengikut arahan dan tunggu kesannya.

2- Jangan cabut rambut anda. Ada lelaki yang memiliki rambut jarang–jarang pada bahagian depan kepala suka menarik rambut di sekitar itu. Akibatnya rambut tidak tumbuh–tumbuh lagi

3- Urut kulit kepala anda selama lima minit sehari. Urut dengan kelajuan yang perlahan. Urut pada bahagian kepala akan membantu kulit kepala untuk mempunyai kekuatan dan aliran darah yang baik. Hasilnya rambut anda akan terangsang untuk tumbuh  memandangkan darah membawa zat yang cukup untuk rambut anda.

4- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya anda fokus banyakkan makan buah dan sayur. Seperti yang kita tahu bahan kimia akan beri kesan yang teruk kepada badan. Antara kesannya adalah rambut gugur dan tidak tumbuh–tumbuh.

5- Cara merawat rambut yang seterusnya adalah anda banyakkan makan makanan yang mengandungi protein dan omega.

6- Antara agen kepada pertumbuhan rambut adalah protein keratin. Pengambilan protein secara konsisten boleh merangsang pertumbuhan rambut anda. Apabila anda ingin cuba cara ini, anda perlu mengambil protein pada setiap hari. Selain itu, anda perlu urut–urut kulit kepala anda secara konsisten juga.  Gabungan pengambilan protein dan mengurut kepala pasti boleh merangsang pertumbuhan rambut anda.


Saturday, October 17, 2020

PETUA HILANGKAN BENGKAK AKIBAT PATAH ATAU RETAK

Fraktur tulang, patah tulang, atau retak tulang ialah keadaan perubatan yang melibatkan terdapat kepatahan pada kesinambungan tulang. Fraktur tulang boleh disebabkan oleh hentaman atau stres daya tinggi, atau kecederaan remeh disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu yang melemahkan tulang, seperti osteoporosis, barah tulang, osteogenesis tidak sempurna, yang melibatkan fraktur kemudian diistilahi fraktur patologi sebetulnya.

Berikut merupakan petua untuk menghilangkan bengkak akibat patah atau retak tulang dan bahan bahan yang diperlukan seperti berikut :

  • 2 batang serai
  • Telur putih
  • Sehelai daun tembaga suasa
  • Kain Pembalut


PROSES PENYEDIAAN

  • Tumbuk serai sehingga lumat
  • Masukkan putih telur. Jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai. 
  • Balut bersama dengan daun tembaga suasa 
  • Akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak beralih tempat. Pakai sebelum tidur  selama 3 malam berturut-turut, pagi esok boleh dibasuh.
  • Elakkan terus mengurut kawasan yang bengkak. Mengurut tempat bengkak adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48 - 72 jam bengkak berlaku.

PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK

Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).

Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protein untuk pembentukan telur dan oleh sebab diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain. 


PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK

  • KAPUR MAKAN- Petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bintik gigitan nyamuk ialah dengan menyapu secalit kapur makan (nipis je) pada tempat gigitan tu dan gosokkan sedikit.
  • MINYAK BIO OIL - Ada juga yang menggunakan minyak keluaran Bio Oil, kerana ia dikatakan berkesan untuk menghilangkan parut yang disebabkan apapun. Ianya juga mudah didapati di farmasi dan quardian.
  • GARAM DAN AIR - Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.
  • MADU (TERBAIK) - Untuk bayi bagus sapukan madu
  • KULIT PISANG (bahagian sebelah dalam)- Gosok dengan kulit pisang (bahagian sebelah dalam).
  • Sapu dengan cuka epal.
  • LEMON - Gosok dengan hirisan lemon.
  • PES BAKING SODA - Sapu dengan pes baking soda (pes dibuat dengan mencampurkan serbuk baking soda dengan air).
  • MINYAK LAVENDER DAN MINYAK TEA TREE. - Sapu dengan minyak lavender dan minyak tea tree.
  • BAWANG BESAR - Gosok dengan hirisan bawang besar untuk menghilangkan sakit gigitan serangga.

PETUA MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN DARIPADA LUNTUR


Luntur dalam kamus dewan bermaksud turun atau berubah warnanya. Apabila kita mencuci pakaian isu utama ialah bagaimana kita mengekalkan warna

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.


2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA

Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah kenapa kena pisahkan ye..huhu

 

3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.

 

5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT

Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

 

6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR

Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

 

7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN HANGER

Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.

 

8. HINDARI PELUNTUR

Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.

 

9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH

Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara menarik pakaian dengan kuat.

 

10. SETERIKA

Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.

 

11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR

Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor terutamanya di bahagian leher.



Saturday, October 12, 2019

CARA HILANGKAN GASTRIK

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. 4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang
  • Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
  • Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
  • Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik...
2).Susu sejuk
  • Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
  • Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik...

3).Bunga cengkih
  • Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
  • Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
  • Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4).Halia
  • Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik..


GARAM UBAT SAKIT GIGI


Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. 

Caranya,campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.



MENGHILANGKAN KEDUT

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
  • Ambilah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. 
  • Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. 
  • Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. 
  • Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

RASA GARAM DALAM MASAKAN

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

RASA GARAM DALAM MASAKAN
Garam makan, juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia.

Garam diperlukan untuk terus hidup, tetapi terlebih makan boleh meningkatkan masaalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, dalam mereka yang cenderung secara genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.
Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

RASA GARAM DALAM MASAKAN
Garam makan, juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia.

Garam diperlukan untuk terus hidup, tetapi terlebih makan boleh meningkatkan masaalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, dalam mereka yang cenderung secara genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

HILANGKAN URAT DI KAKU


Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi masalah ini iaitu :
  • ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. 
  • Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan.
  • Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

UBATI SAKIT DADA

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

UBATI SAKIT DADA
  • Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. 
  • Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. 
  • Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

TEPUNG UBI PENAWAR RUAM


Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.

Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang. Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.

Bagi ibu bapa yang mana anak kecil mereka kerap kencing malam dan tidak mahu menggunakan penapis/pampers maka petua ini sesuai diamalkan.Semoga bermanfaat ye..

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN


Petua adalah prinsip dengan amalan luas yang tidak terikat dengan tepat atau berguna untuk setiap keadaan. Ia mudah dipelajari dan senang untuk diaplikasikan bagi mengira atau mengingati beberapa nilai, atau untuk membuat beberapa penentuan. Apabila dibandingkan dengan kaedah heuristik, satu konsep bersamaan digunakan dalam wacana matematik, psikologi, dan sains komputer, khususnya dalam rekabentuk algoritma.


PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN

Kita sering kali berasa rendah diri dan malu dengan keadaan badan kita yang gempal atau obersiti. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggunakan ubat ubatan yang ada dalam pasaran, tetapi berat badan masih dalam keadaan tidak pandai turun turun. Sehubungan itu saya sarankan bagi mereka yang dalam keadaan ini, cubalah untuk mengamalkan petua tradisional ini. Lagi selamat dan tidak menggunakan bahan bahan yang terlarang. Petua yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan minuman perahan air limau nipis. Caranya ialah :

  • Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, 
  • setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, 
  • Masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
  • Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Semoga bermanfaat dan kongsi kongsikan pada rakan rakan dan sahabat andai.tq

Tuesday, October 1, 2019

PETUA HILANGKAN GASTRIK

    Perut merupakan bahagian berotot, berongga, boleh mengecut bagi saluran gastrousus yang berfungsi sebagai organ penghadaman penting. Perut terdapat pada manusia dan banyak haiwan lain, termasuk beberapa invertebrat. Dalam sistem penghadaman, perut terbabit dalam fasa kedua penghadaman, selepas mengunyah, yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diserap dalam badan.

    Bagi manusia dan kebanyakan haiwan lain, perut terletak untuk diantara esofagus dan usus kecil. Ia merembeskan enzim pencernaan dan asid gastrik untuk membantu pencernaan makanan. Sfinkter pilorus mengawal laluan makanan separuh hadam (kim ("chyme")) dari perut ke dalam duodenum di mana peristalsis mengambil alih untuk menggerakkannya melalui usus berikutnya.Jika anda bermimpi melihat perempuan yang ayu dan cantik alamat Anda akan bersedia dalam lamaran atau dilamar orang dan semua yang anda ingin jika tidak disertai dengan hal-hal yang Anda harapkan akan mengalami kegagalan walaupun sesungguhnya cita-cita tadi besar artinya.


    Apa pula yang dimaksudkan sebagai gastrik?


    Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. 4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

    PISANG

    Pisang (nama botani: Musa spp.) Pisang adalah buah-buahan yang boleh dimakan, botani berry, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Di sesetengah negara, pisang digunakan untuk memasak boleh dipanggil plantains, berbeza dengan pisang pencuci mulut. Buah ini berubah-ubah dari segi saiz, warna dan ketegasan, tetapi biasanya panjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak. Buah-buahan yang tumbuh dalam kelompok tergantung dari bahagian atas tumbuhan. Hampir semua parthenocarpic yang boleh dimakan (berbiji) pisang moden datang dari dua spesies liar - Musa acuminata dan Pokok Pisang Hutan. Nama-nama saintifik pisang paling diusahakan ialah Musa acuminata, Pokok Pisang Hutan, dan Musa × paradisiaca hibrid Musa acuminata × M. balbisiana, bergantung kepada perlembagaan genom mereka. Lama nama saintifiknya Musa sapientum tidak lagi digunakan.

    Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.

    Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

     

    SUSU SEJUK

    Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim, gelato, keju, kasein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

    Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik..

     

    BUNGA CENGKIH

    Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

    Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.


    HALIA

    Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Kepulauan dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean.

    Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.



Saturday, September 28, 2019

PETUA HILANGKAN BATUK YANG TERUK

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.


Berikut berapa petua untuk melegahkan batuk anda : 


BAWANG PUTIH

Anda hanya perlu cincang halus 1 ulas bawang putih dan tambahkan dengan 1 sudu teh madu asli.

Tambahkan 1 -2 sudu perahan lemon dan biarkan campuran ini selama 4-5 jam dan campuran ini boleh dijadikan sirap melegakan batuk.

Apabila nak minum tambah air panas 1 sudu supaya tidak terlalu kental.

Bawang akan melegakan batuk kerana ia akan mengeluarkan kahak apabila bergabung dengan lemon dan air yang mendidih.

Sukatan resepi ni hanya untuk 1-2 kali minum sahaja.

Sebaiknya minumlah 2-3 kali sehari.

 

GARAM

Anda boleh mencampurkan 1 sudu kecil garam ke dalam air suam. Campuran ini boleh digunakan untuk berkumur-kumur dan ia akan melegakan perit tekak disebabkan batuk.


OREGANO

Jangan tak tahu yang herba untuk masak spagetti ini juga mampu melegakan batuk yang teruk. Bagaimana caranya? Rebuskan Oregano bersama 3 cawan air sehingga mendidih. Tapis dan minum seperti anda menikmati teh. Ia sememangnya mampu melegakan batuk yang teruk.


TEH HIJAU + MADU

Bagi mereka yang sedang berdiet, teh hijau adalah sesuatu yang tidak asing lagi untuk menurunkan berat badan. Bancuhkan teh hijau seperti biasa dan tambahkan dengan sesudu madu lebah. Minum beberapa kali dan InshaAllah ia akan melegakan batuk dengan segera.


JINTAN MANIS

Selain Oregano, herba seperti jintan manis juga mempunyai manfaat yang sangat baik dalam melegakan batuk yang teruk. Tambahkan 1 sudu teh jintan manis ke dalam 1 cawan air panas. Kemudian minum seperti biasa. Mudah-mudahan batuk anda akan berkurang.


KISMIS

Anda boleh blend 100 biji kismis (pastikan yang tak de biji tau) dengan air. Masukkan 50gram gula dan panaskan seperti penyediaan sos meatball Ikea tu. Pastikan anda makan 2 sudu sos kismis ini sebelum tidur.

 

SUSU PANAS

Sebelum masuk tidur, sila amalkan pengambilan susu panas yang dicampurkan dengan madu. Ia akan melegakan batuk dan membuatkan tekak kita berehat dengan nyaman. Bagi anda yang ingin menjadikan susu sebagai detox, campurkan susu dengan hirisan halia dan minum sebelum tidur.


TEH HALIA

Teh halia juga baik untuk melegakan batuk anda. Hiriskan beberapa kepingan halia dan masukkan dalam air yang mendidih. Masukkan uncang teh hijau dan beberapa helai daun selasih. Seeloknya diminum sewaktu panas bagi melegakan tekak yang perit.

 

ANGGUR MERAH

Anggur mempunyai kebaikan dan reputasi yang tinggi untuk menguatkan paru-paru. Anda boleh menyediakan jus anggur yang segar Sebelum meminum jus anggur ini, seeloknya dicampurkan dengan sesudu madu setiap hari.