Tuesday, September 24, 2019

PETUA MEMULIH DAN MENYEMPITKAN FARAJ

Faraj (فرج dari bahasa Arab, bermaksud "kembang", "diluaskan") ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.


Petua 1  - Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan,eloklah mencuba petua ini.Ambil segenggam serbuk teh,letakkan ke dalam mangkuk.

Tuangkan air panas,kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit.Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu.Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua 2  - Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sirih bertemu urat,sebiji kulit pinang,gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sirih.Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat.Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas.Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3 -  Untuk mengetatkan faraj,rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj.Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.


No comments:

Post a Comment