Pokok
Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari ialah
sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam
di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam
masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan
mempunyai rasa agak pahit.
Daun
ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja
digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney ,
muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan
ini akan hidup subur dalam zon tropika.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan
kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga
kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak
melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.
Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan
hiasan.
KHASIAT
DAUN KARI
1. PENAWAR CIRIT BIRIT DAN
BUASIR
Daun kari boleh
dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya
serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif
(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur
dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. LOYA DAN PENING
Jus daunnya yang
segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya
dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu
sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid
dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening
lalat bagi wanita mengandung.
3. DIABETES
Rebus kulit batangnya
yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai
daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang
disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
AGAR RAMBUT PANJANG DAN
SIHAT
Campurkan satu sudu
makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus.
Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan
mencegah uban.
5. MERAWAT GIGITAN SERANGGA
DAN HAIWAN BERBISA
Buahnya dimasak
dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan
haiwan berbisa.
6. LEBAM DAN BENGKAK
Daunnya dihancurkan
dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. KECANTIKAN DAN KESIHATAN
DIRI
Amalkan minum air
rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.