Thursday, September 26, 2019

ELAKKAN KOPI SEBELUM PENERBANGAN

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

Kopi adalah pertama diminum dalam abad ke-9, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia.Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.     


Kenapa jangan minum Kopi sebelum menaiki penerbangan?

Ini sebab kenapa menikmati secangkir kopi ketika menunggu penerbangan menjadi amalan tradisi tersendiri khususnya buat pencinta kopi.

Semua sedia maklum, kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Selain menjadi lebih produktif, kopi juga mampu untuk mengurangkan berat badan. Namun awas! Mengambil kopi pada waktu yang salah dan secara berlebihan boleh memberi impak yang negatif khususnya kepada mereka yang ‘mabuk’ atau mual ketika menaiki pesawat.

Golongan terlibat akan terkesan apabila meminum kopi menjelang penerbangan. Jadi, amalan minum kopi sebelum penerbangan harus segera dihentikan. Secara dasarnya, ramai mengatakan minum kopi sebelum naik pesawat dapat menghidrasi tubuh dan menghilangkan rasa mual atau sakit kepala ketika di udara.

Memetik artikel Reader’s Digest, kafein pada kopi akan menyebabkan wujud rasa gelisah dan impak ini akan bertambah apabila seseorang berada di ketingian. Selain itu, minum kopi sebelum penerbangan juga dapat menyebabkan masalah pencernaan kerana kopi memiliki sifat diuretik yang ringan.Impak kafein akan bekerja selama 5-6 jam. Jadi, minum kopi sebelum penerbangan boleh membuatkan kondisi tubuh menjadi teruk. Sebaiknya, minumlah sebotol air hingga tiba di destinasi tujuan.

 

 

 


No comments:

Post a Comment