Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom
utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan
sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali
berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep
skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil. Komplikasi
utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu
mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian
badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki
berlaku.
- Nanah di bahagian tengah bisul.
- Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut.
- Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti.
- Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.
- Bagaimanakah mendiagnosa Bisul?
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
- Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
- Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
No comments:
Post a Comment