Thursday, September 26, 2019

PETUA MENURUNKAN DEMAM BAYI

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan oleh peningkatan pada kawalan suhu badan. Peningkatan ini akan menyebabkan badan cuba meningkatkan suhu melalui bergerakan otot seperti menggigil

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindakbalas imunisasi yang dihasilkan badan untuk cuba melawan jangkitan bakteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

PETUA MERINGANKAN DEMAM PANAS BAYI DI RUMAH.

 

1. SUKAT SUHU BADAN BAYI ANDA

Untuk mengetahui sama ada bayi anda betul-betul demam, anda perlulah menyukat suhu badannya. Selalunya, hanya dengan menyentuh atau mencium dahi bayi anda, anda boleh merasai perubahan suhu badan bayi anda. Menurut kajian, kaedah ini terbukti tepat sehingga 75 peratus untuk mengesan suhu bayi demam.

Untuk cara yang lebih baik, termometer sangat membantu untuk anda mendapatkan bacaan suhu badan bayi anda. Sekiranya anak anda berumur bawah tiga tahun, jangan gunakan termometer mulut.

Sebaliknya, anda boleh menyukat suhu badannya pada bahagian ketiaknya sewaktu dia demam. Caranya, anda perlu pegang hujung bebuli termometer pada ketiak bayi dan merapatkan sikunya ke badan selama lima minit. Sesetengah termometer pula akan terus berbunyi bip apabila bacaan suhu telah berjaya diambil.

Bacaan termometer pada bahagian ketiak akan menunjukkan suhu yang lebih rendah berbanding suhu dalaman bayi, dalam satu hingga dua darjah. Jadi, anda perlu tambahkan pada bacaan suhu yang diambil.


2. HUBUNGI DOKTOR ANDA SEGERA

Walaupun demam adalah keadaan badan yang normal bagi melawan jangkitan, demam tersebut boleh jadi serius bagi bayi berusia kurang dari enam bulan. Pada usia ini, amat jarang untuk suhu badan bayi naik ke tahap yang tinggi.

Jadi, anda perlu berjaga-jaga kerana ia boleh menunjukkan keadaan yang tidak normal pada bayi anda. Bayi anda perlu dirujuk kepada doktor dengan segera sekiranya

  • dia berumur bawah tiga bulan dan suhu badannya naik sehingga 38 darjah Celcius atau lebih
  • dia berumur bawah enam bulan dan suhu badannya naik sehingga 39 darjah Celcius atau lebih
  • Untuk bayi anda yang berusia enam bulan ke atas, suhu badan atau tempoh demam biasanya tak menunjukkan keadaan bayi anda yang sebenar. Malah, gerak hati anda mungkin sebenarnya setepat termometer.

3. PASTIKAN BILIK DAN KEADAAN BAYI SEJUK

Bagi mengurangkan demam, anda boleh pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis. Jangan sarungkan pakaian yang tebal dan jangan balut si kecil anda supaya demam beransur pulih. Keadaan bilik juga perlu anda perhatikan supaya ianya sejuk. Anda boleh letakkan kipas berdekatan bayi anda dan menyelimutinya dengan sehelai cadar ataupun selimut nipis sekiranya perlu.

 

4. MANDIKAN BAYI ANDA DENGAN SPAN

Untuk bayi demam panas, anda boleh juga mencuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub cetek yang diisi dengan air suam. Sila pastikan suhu air betul-betul sesuai terlebih dahulu sebelum meletakkan bayi anda. Selepas itu, anda bolehlah menggosok badannya perlahan-lahan pada setiap bahagian satu per satu menggunakan kain atau span. Basahkan span, perah sedikit dan usaplah pada badan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Setelah selesai mandi, anda tidak perlu mengeringkan bayi anda dengan tuala. Sebaliknya, biarkan sahaja air pada badannya kering dan tersejat dengan sendiri. Ini akan membuatkan bayi anda berasa lebih selesa selepas mandi.

 

5. BERIKAN RAWATAN YANG SESUAI

Untuk bayi yang berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh cuba memberikan rawatan yang sesuai bagi meredakan demam bayi anda.

Anda boleh berikan panadol yang khas untuk bayi dan kanak-kanak supaya suhu badan anak anda beransur turun. Sila ikut dan patuhi dos yang diberikan dengan betul dan penuh berhati-hati. Selain itu, anda boleh juga memberikan ibuprofen (Nurofen) dengan dos yang teat.

Sebelum memberikan apa-apa ubat kepada bayi anda, anda perlu tahu kegunaan dan dosnya dengan betul. Jangan berikan ubat kepada bayi demam secara semberono.Parasetamol dan ibuprofen adalah tidak disarankan kepada bayi yang berusia bawah 2 bulan. Anda juga tidak boleh memberikan aspirin kepada bayi dan anak-anak yang berusia bawah 16 tahun. Ianya dikaitkan dengan sindrom Rey’s yang boleh mengakibatkan maut kepada bayi walaupun jarang berlaku.

 

RUJUK DOKTOR DENGAN SEGERA BILA PERLU

Sekiranya anda dapati demam bayi anda tidak seperti biasa – seperti demam berpanjangan melebihi 3 hari – cepat-cepatlah dapatkan bantuan pakar. Jangan bertangguh-tangguh jika bayi anda berkelakuan pelik, amat letih dan tidak menyusu apabila demam.

Sekiranya dia menangis lebih daripada biasa dan anda tak berjaya menenangkannya seperti biasa, mungkin pemeriksaan lebih lanjut doktor diperlukan. Bayi demam bawah 3 bulan adalah lebih sensitif dan anda perlu lebih berhati-hati.

No comments:

Post a Comment