Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah. Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae. Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin . Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti- tuberculosis dan anti- plasmodial .
DAUN KADUK DAN KHASIATNYA
Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk
melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam , batuk , asma ,
selsema , reumatisme , Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura
parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy)
dan sakit tulang belakang (lumbago).
Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C . Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah :
1. Merawat Sembelit, Sakit gigi, Demam Malaria, Lemah Dan Sakit Dalam TulangSelain daripada penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.
2. Melawaskan kencing – Rebus daun kaduk bersama akarnya dan
diminum.
3. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air
rebusannya.
4. Melegakan selsema , sakit pinggang , sakit gigi dan sengal
tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat
ketiga-tiga ( NO 2 - NO 4) diatas:
- Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
- Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
- Rebus kesemua sehingga mendidih.
- Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
- Air rebusan diminum perlahan-lahan.
5. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
- Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
- Ramas-ramaskan daun tersebut.
- Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.
- Akhir sekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
6. Melegakan batuk -Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar
halus bersama sedikit air.
- Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
- Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
- Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
7. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk
yang ditumbuk lumat.
- Ambil beberapa helai daun kaduk.
- Tumbuk sampai lumat.
- Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai
ikan darat dan sebagainya
AKAR KADUK DAN KHASIATNYA
Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk , asma ,
Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid
dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi..
KHASIAT KESELURUHAN POKOK KADUK
- Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis .
- Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam , membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.
No comments:
Post a Comment