Selesema (juga dikenali sebagai
radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut,atau
juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit
berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan
hidung. Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin,
dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan
sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus
terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.
PETUA MENGURANGKAN SELESEMA
BAYI
Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa
pada batang hidung bayi, biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan
rawatan selanjutnya.
Petua2
Ambil batang daun sirih.Tekan
hingga keluar lendirnya. Ambil lendir ini dan sapukan pada batang hidung bayi,
biarkan hingga kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.
Petua 3
Bersihkan hidung bayi dengan
tuala bersih. Sapukan air kunyit tua (tumbuk atau kisar sedikit kunyit tua dan
perah airnya)ke bahagian hidung hingga mulut. Bayi akan bernafas dengan selesa
selepas itu.
No comments:
Post a Comment