Ada yang letak ais & ada juga yang tuam dengan
tuala panas ataupun minyak panas.Mana satu yang betul❓
Lebam ketika terseliuh ataupun terjatuh adalah
disebabkan saluran darah ataupun kapilari yang pecah pada bahagian yang
terbabit. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan terkena batu dan lebam.
Maksudnya, saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan
menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan
kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.
Cara untuk mengurangkan lebam pada bahagian yang
terlibat adalah dengan beberapa cara. Perlu diingatkan bahawa cara ini digunakan
apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan
sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat
KENA LETAK AIS ATAUPUN MINYAK PANAS
1) BEREHAT
Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan
anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan
anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia
bole menyebabkan bengkak semakin bertambah
2) GUNAKAN AIS
Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang
bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini
mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka,
bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk.
3)COMPRESSION (TEKANAN)
Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang
bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran
darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan
pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan
4) ELEVATION (TINGGIKAN)
Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit
daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah
ke kawasan yang terlibat.Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk
merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot. Iaitu
RICE
BAGAIMANA PULA KALAU TUAM DENGAN TUALA
PANAS ATAU MINYAK PANAS?
Tuala panas atau minyak panas akan
mengembangkan saluran darah. Ini menyebabkan darah lebih banyak ke kawasan
tersebut dan bengkak menjadi semakin teruk. Sebab tu penggunaan tuala panas
adalah sesuatu yang tidak digalakkan apabila jadinya kecederaan seperti ini._
No comments:
Post a Comment