Sunday, March 4, 2018

TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes Gestasi ialah diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

5 TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL


1. Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga
Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab kebanyakan air telah disalurkan menjadi air kencing, ini akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga.

2. Badan cepat letih dan kehilangan berat secara drastik
Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan menyebabkan badan cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.

Selain itu, akibat gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. Kesan dari ini seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.

3. Penglihatan mata semakin kabur
Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta.


4. Sering kebas tangan dan kaki
Antara tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.


5. Luka lambat untuk sembuh
Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi.

Ini akan menyebabkan jika seseorang tu mengalami luka, proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan.






No comments:

Post a Comment