Wednesday, March 7, 2018

SEBAB JANGAN PAKAIKAN ‘PAMPERS’ PADA ANAK KECIL SEMASA MANDI DI KOLAM AWAM


Lampin merupakan pakaian dalam yang dipakai bagi membolehkan seseorang membuang air kecil atau besar tanpa menggunakan tandas dengan menyerap atau mengandungi bahan pakai buang untuk mengelakkan najis terkana pakaian luar atau mengotorkan kawasan sekitar. Lampin yang telah kotor dengan air kencing atau najis perlu ditukar oleh ibu bapa atau penjaga pemakai. Kegagalan menukar lampin secara kerap boleh menyebabkan iritasi atau masalah pada kulit bahagian yang diliputi lampin.

Lampin diperbuat daripada kain atau bahan sintetik pakai-buang. Lampin yang diperbuat daripada kain terdiri daripada lapisan fabrik seperti kapas, rami, buluh, mikrofiber, atau bahkan serat plastik seperti PLA, dan boleh dibasuh serta digunakan semula beberapa kali. Lampin pakai-buang pula mengandungi bahan kimia penyerap dan dibuang selepas digunakan.

Lampin kebiasaannya dipakai oleh bayi dan kanak-kanak yang belum terlatih menggunakan tandas atau yang mengalami kencing pada waktu tidur. Namun begitu, terdapat juga lampin dewasa. Ia kebiasannya dipakai oleh individu dengan kehilangan upaya fizikal atau mental selain mereka yang bekerja dalam keadaan ekstrem seperti angkasawan.


SEBAB JANGAN PAKAIKAN ‘PAMPERS’ PADA ANAK KECIL SEMASA MANDI DI KOLAM AWAM


1. LAMPIN PAKAI BUANG MEMPUNYAI KUASA SERAPAN YANG TINGGI

Salah satu faktor keselamatan yang dititikberatkan oleh kolam renang adalah non-absorbency atau ciri yang tidak menyerap cecair. Seperti yang kita tahu, semua lampin pakai buang menjadikan kebolehan untuk menyerap cecair sebagai salah satu major selling point mereka.

Kita sendiri boleh nampak bagaimana lampin pakai buang ini akan menjadi kembang dan berat apabila ia dipenuhi dengan air kolam. Hal ini bukan saja membataskan pergerakan anak, malah boleh menjadi bahaya jika anak ‘tertarik’ dan terjatuh ke dalam air.


2. IA BERPOTENSI UNTUK TERTANGGAL / TERKOYAK
Oleh kerana kebolehan menyerap yang sangat baik, kebanyakan lampin pakai buang ini amat berpotensi untuk tertanggal atau terkoyak. Ini ditambah pula dengan kelasakan anak-anak yang teruja untuk bermain air sambil berlari dan melompat-lompat.

3. MENCEMARKAN AIR SERTA PERSEKITARAN KOLAM
Apabila ianya longgar atau tertanggal di dalam kolam, maka sudah tentulah ia akan menjadi punca pencemaran air. Menurut Public Health Malaysia, 60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E.coli.


4. MENJADI PUNCA PENYEBARAN PENYAKIT
Pencemaran air akibat najis ini boleh menjadi punca penyakit yang merbahaya, terutamanya bagi anak kecil. Antara penyakit yang serius adalah Rotavirus, di mana ia amat mudah menjangkiti sesiapa yang termakan, terminum, atau tersentuh objek yang telah tercemar.

5. ‘SWIM DIAPER’ LEBIH SESUAI
Buat pengetahuan ibu bapa, terdapat sejenis lampin khusus yang boleh anda pakaikan kepada anak kecil yang masih belum bercerai lampin.

‘Swim diaper’ ini boleh didapati dengan mudah di pasaraya serta dijual secara meluas di Malaysia secara online. Penggunaan ‘swim diaper’ ini adalah lebih selamat dan bersih kerana ia direka khas untuk tujuan tersebut.

Dalam pada itu, sama ada memakai ‘swim diaper’ atau tidak, ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak yang mempunyai gejala cirit-birit, muntah, demam, atau sakit perut daripada mandi-manda di kolam awam.





No comments:

Post a Comment