Resdung merupakan sejenis
penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh
jangkitan kuman.
'Resdung, juga dikenali sebagai
sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus
yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal
dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka.Tanda dan gejala lain
mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batukBatuk
sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia
ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4
minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih
daripada 12 minggu
Resedung ("Sinusitis")
boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah
struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh
jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih
daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi
bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma,
cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan
melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan
adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi
berkomputer.
PETUA SIHAT MENCEGAH RESDUNG
1. Mengamalkan tabiat pemakanan
yang baik, berkhasiat dan seimbang
2. Mengurangkan makanan berlemak,
berminyak dan berasid.
3. Memperbanyakkan meminum air
suam dan buah-buahan.
4. Menghindari minuman berais dan
beralkohol.
5. Menghentikan tabiat merokok.
No comments:
Post a Comment