Wednesday, March 7, 2018

BUAH BAMBANGAN MAMPU BUNUH SEL KANSER PAYUDARA


Pokok Bambangan merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mangifera pajang.  Pokok Bambangan ("Mangifera pajang")[merupakan salah satu spesies Mangifera, ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga gajus, Anacardiaceae. Ia mengandungi kira-kira 69 spesies.


BUAH BAMBANGAN MAMPU BUNUH SEL KANSER PAYUDARA

Buah Bambangan mirip seperti mangga ini mempunyai banyak faedah yang tak pernah kita ketahui. Tahukah anda, buah bambangan dapat mematikan sel kanser kira-kira 15% dalam masa 24 jam? Malah, buah ini turut tersenarai dalam tumbuhan terancam International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Buah ini juga banyak didapati di Sabah dan Sarawak pada kawasan pendalaman yang ditanam oleh penduduk Orang Asli. Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) menemui khasiat disebalik biji bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara.

MELAWAN KANSER
Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar telah membuat pertemuan kira-kira 15% daripada sel-sel payudara mati dalam masa 24 jam. Buah ini juga bagus bagi kaum wanita untuk mengelak dari pertumbuhan sel kanser payudara.


Kesan selepas 48 jam

Menurut saintis ini, sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala, tindak balasnya bermula dalam tempoh 48 jam pula. Dalam tempoh 72 jam, hampir 90% populasi sel kanser payudara mati.

VARIASIKAN CARA MAKAN

Bagi menikmati buah ini kaedah mengupasnya agak berbeza. Ianya tidak seperti buah mangga yang memiliki kulit nipis, malah, buah bambangan ini kulitnya agak tebal dan cara mengupas adalah mengoyakkan kulit tersebut.

Ada masyarakat gemar makan buah ini bersama garam dan cili. Bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap, buah bambangan ini sesuai dijadikan jeruk. Malah, ianya juga sesuai jika dicampur dengan sambal belacan dan makan bersama nasi.



No comments:

Post a Comment