Sunday, March 4, 2018

KEDUDUKAN DAN PUNCA JERAWAT PADA WAJAH


Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.


LIMA KEDUDUKAN DAN PUNCA JERAWAT PADA WAJAH

1. JERAWAT DI ATAS DAHI


Punca : Tidur yang tidak menentu, Diet yang tidak seimbang dan permakanan yang tidak sihat

Langkah mengatasinya :

ü Amalkan tidur awal sekitar jam (10.00pm - 12.00am) dan bangun seawal jam (6.00am)

ü Kurang pengambilan minuman bergas serta minuman yang berkafien tinggi.

ü Banyakkan minum air kosong bagi melembapkan kulit.

ü Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan).

ü Lakukan senaman ringkas 20-30minit setiap hari



2. JERAWAT DI BAHAGIAN HIDUNG


Punca : Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar

Langkah mengatasinya :

ü Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.

ü Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Elakkan makan berlemak, makan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah.

ü Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas


3. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KIRI


Punca : Terlebih pengambilan produk tenusu


Langkah mengatasinya :

ü Kurangankan pembilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.

ü Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau

ü Pengambilan vitamin meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit


4. JERAWAT DI BAHAGIAN PIPI KANAN
 
: Tekanan atau elergik

Langkah mengatasinya :

ü Hindari makanan yang anda elergik seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya

ü Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan.

ü Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjoging, beriadah dan bercuti

Amalkan memakai masker aloe vera asli


5. JERAWAT DI BAHAGIAN DAGU DAN MULUT


Punca : Hormon tidak seimbang, tekanan dan masalah buah pinggang

Langkah mengatasinya :

ü Kurangkan tabiat makan sebelum tidur

ü Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

ü Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar

ü Lakukan senaman ringkas setiap hari







No comments:

Post a Comment