Sunday, March 4, 2018

PUNCA KENAPA RAMBUT SENANG GUGUR


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.


PUNCA KENAPA RAMBUT SENANG GUGUR



1. STRESS
Bila seseorang mengalami stress, banyak kesan buruk yang akan menimpa. Salah satunya adalah masalah rambut gugur teruk. Bahaya hormon stress ni kalau dibiarkan.

Oleh itu kita semua perlu bija untuk menangani stress di tempat kerja atau di jalan raya. Tengah drive pun kadang – kadang boleh stress betul tak?

Bila stress pejam mata dan cuba tarik nafas dalam – dalam dan lepaskan secara perlahan – lahan.

2. GENETIK
Biasanya terjadi kepada kaum lelaki atau lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia. Rambut menjadi nipis dan berbentuk M. Lama kelamaan rambut akan menjadi semakin nipis dan mula menjadi botak.

3. IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Jika ikatan terlalu ketat, ini akan menyebabkan kehilangan dan keguguran secara perlahan – lahan tanpa kita sedari.

4. GEMAR MENCABUT ATAU MENARIK RAMBUT
Habit buruk ini harus dihentikan dengan segera! Ada sesetangah wanita gemar mencabut rambut yang “tercacak” di belahan potongan rambut.



Jika diteruskan, lama kelamaan banyak kawsan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tidak dihentikan dengan segera, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membaca kepada kehilangan rambut kekal.



5. PENYAKIT AUTOIMUN
Jika anda mempunyai diabetes atau artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit ini.

Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel – sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain. Maka ia boleh menyebabkan kehilangan keguguran dan kehilangan rambut.

6. KEKURANGAN ZAT ATAU VITAMIN
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Kebiasaannya disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup .

Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal.

Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut.


No comments:

Post a Comment