Penyakit Gout ialah salah satu
bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada
sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya
menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah
"gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta"
yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout
diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait
dengan ketul-ketul mendapan urat
PENYAKIT GOUT DAN RAWATAN
TRADISIONAL
1) Rebus kulit kentang dengan air
untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak
kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian
beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam
(bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara
tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit
gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan
kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu
dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan
tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
4) Betik muda dan green tea. Apa
yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi
di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam
betik tersebut sehingga kembang. Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian
betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup. Amalkan meminum air
green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan
sakit semakin kurang. Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.
Green tea boleh di dapati di kedai herba.
5) Amalkan mengambil sekitar
20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat cari yang fresh anda bolehlah
mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.
Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants
(anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir
sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.
6) Amalkan mengambil pil minyak
ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan
sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan
bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).
No comments:
Post a Comment