Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:
"Keadaan sempurna fizikal,
mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"
Bagi mana-mana organisma,
kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana
tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan
(membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan
untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya
bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman
subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini
datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan
persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya
sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.
PETUA KESIHATAN DIRI
1. Tidur tepat pada masa 11.00
malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan
melalui hidung.
2. Tiada gula. Tiada gula. Tiada
gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula
tersembunyi. Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula
kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. Beras
basmathi. Tiada tepung dan gandum. Banyakkan sayur dan buah buahan.
3. Check dengan Doktor. Buat
ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan
untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.
4. Ambil supplement -pemakanan
tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan
dengar cakap jurujual.
5. Exercise supaya aliran darah
teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body
massage secara tradisional dua minggu sekali. Dua hari dalam seminggu rehat
dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan
Khamis. Dua hari itu puasa.
6. Minum banyak air. Terutama
pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas
makan. Minum sambil duduk.
7. Makan berat paling akhir 4 jam
sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa
tidur biar usus berehat.
8. Biasakan lidah makan benda
pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu.
Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah
akan jadi biasa.
9. Baca al Quran. Gandakan sujud.
Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik
bagi otak. Baca buku buku. Membaca.
10. Pilih team pergaulan.
Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua
perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.
11. Bersyukur. Redha dan
bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari
tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.
12. Jimat perkataan. Usah sembang
kencang. Usah dibuai perasaan.
Banyakkan berfikir dan berzikir.
Utamakan masa bersama keluarga.
13. Tidur malam dengan selimut
kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan
semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.
No comments:
Post a Comment