Rambut merupakan anggota badan
yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah
orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.
SEBAB KENAPA RAMBUT SENANG GUGUR
1. STRESS
Bila seseorang mengalami stress,
banyak kesan buruk yang akan menimpa. Salah satunya adalah masalah rambut gugur
teruk. Bahaya hormon stress ni kalau dibiarkan. Oleh itu kita semua perlu bija
untuk menangani stress di tempat kerja atau di jalan raya. Tengah drive pun
kadang kadag boleh stress. Bila stress pejam mata dan cuba tarik nafas dalam
dalam dan lepaskan secara perlahan lahan.
2. GENETIK
Biasanya terjadi kepada kaum
lelaki atau lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia. Rambut menjadi nipis
dan berbentuk M. Lama kelamaan rambut akan menjadi semakin nipis dan mula
menjadi botak.
3. IKAT RAMBUT
TERLALU KETAT
Jika ikatan terlalu ketat, ini
akan menyebabkan kehilangan dan keguguran secara perlahan² tanpa kita sedari.
4.GEMAR MENCABUT
ATAU MENARIK RAMBUT
Habit buruk ini harus dihentikan
dengan segera! Ada sesetangah wanita gemar mencabut rambut yang “tercacak” di
belahan potongan rambut. Jika diteruskan, lama kelamaan banyak kawsan yang
menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tidak dihentikan dengan segera, ia
boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membaca kepada kehilangan rambut
kekal.
5. PENYAKIT AUTOIMUN
Jika anda mempunyai diabetes atau
artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit ini.
Apabila sistem imun badan menyerang
folikel rambut atau sel sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan
penyelenggaraan yang lain. Maka ia boleh menyebabkan kehilangan keguguran dan
kehilangan rambut.
6.KEKURANGAN ZAT
ATAU VITAMIN
Kekurangan zat makanan umum atau
beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan
nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Kebiasaannya disebabkan
oleh kekurangan zat besi.
Kekurangan zat besi boleh membawa
kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak
mempunyai sel² darah merah yang cukup . Sel darah merah adalah penting kerana
ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel² mengekalkan
fungsi normal.
Kekurangan zat besi dalam nutrien
lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang
kepada keguguran rambut.
No comments:
Post a Comment