Wednesday, March 7, 2018

KHASIAT KETUMBAR JAWA


Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm

KHASIAT KETUMBAR JAWA

1. DAUN
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.

Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

AKAR
Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. DAUN DAN AKAR
Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. KHASIAT PEMAKANAN
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.

Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat. Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.





No comments:

Post a Comment