Sebut sahaja peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya.
Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat.
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak
zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba. Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang
dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara
beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Brunei,
Indonesia, Thailand, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi
mempunyai banyak khasiat. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam
air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya
bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk
panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria
mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram
protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram
fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan
tulang.
PERIA BERSIHKAN DARAH
Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis
buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang
dicampur dengan perahan limau nipis.
Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.Ini boleh
membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing
manis.
Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh
cuba meminum perahan daunnya. Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk
mengubati buasir.
Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas
susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya
disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap
dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita
yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
No comments:
Post a Comment