Penampilan adalah bentuk citra diri
yang terpancar dari diri seseorang, dan juga meupakan sarana komunikasi antara
seorang individu dengan individu lainnya. Tampil menarik dapat menjadi salah
satu kunci sukses dalam kehidupan sosial bermasyarakat. Orang lain akan merasa
nyaman, betah, dan senang dengan penampilan diri yang enak dipandang mata.
Berpenampilan menarik bukan berati mewah, tetapi tergantung pada diri individu
itu sendiri dalam kaitannya pengembangan diri seutuhnya secara baik.
PENAMPILAN MENGANDUNG PENGERTIAN,
DIANTARANYA
(1) enak dan menarik dipandang mata,
(2) kesempurnaan penampilan dalam
warna,
(3) proporsi tubuh yang simetris yang
menimbulkan kesan menarik. Dengan kata lain, suatu penampilan akan terlihat
menarik manakala penampilan itu pleasing atau berbentuk sempurna dalam
pengertian proporsi dari setiap bagian terstuktur secara harmonis.
PENAMPILAN DIRI YANG MENARIK
1.Jenis Pakaian
Pakaian seharusnya mengikut kesesuaian kawasan dan persekitaran,
contohnya baju sukan, baju batik, kot, seluar, baju kurung dan lain-lain.
Pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu banyak corak atau gambar pada pakaian..biar
simple janji nampak kemas.
2.Keadaan pakaian
Pakaian hendaklah sentiasa dan keadaan kemas dan bersih. Kalau kita
pakai kemeja hendaklah digosok supaya tidak berkedut. Saiz baju atau seluar
mestilah bersesuaian, jangan terlalu besar atau ketat. Nanti seksa dibuatnya.
3. Warna Pakaian
Pakailah warna yang kurang menonjol dan bersesuaian dengan persekitaran,
jangan pakai warna pakaian yang terlalu kontra seperti baju pink seluar
hijau..kan nampak pelik
4. Wangian
Semburlah sedikit pewangi untuk menarik rasa orang untuk mendekati kita,
jangan terlalu banyak memakainya. Pakaian pula hendaklah sentiasa dibasuh
supaya tiada kesan degil atau bau yang kurang menyenangkan
5. Gaya rambut
Gaya rambut kita juga akan menunjukkan ciri sebenar orang tersebut,
samaada seseorang nie jenis selekeh atau kemas, garang atau lembut. Ini kerana
rambut diibaratkan sebagai mahkota bagi setiap lelaki. Biasanya orang akan
lebih tertarik dengan gaya rambut yang rapi, kemas dan simple
6. Aksesori
Untuk kelihatan lebih maskulim, macho dan bergaya. Pemakaian aksesori
seperti jam tangan atau gelang dapat menyerlahkan lagi gaya maskulim bagi
seorang lelaki. Pemakaian jam tangan menunjukkan yang seseorang itu mengambil
berat tentang masa. Tapi jangan terlalu sarat dengan aksesori, kerana pemakaian
aksesori yang banyak boleh membuatkan anda kelihatan selekeh.
7. Kebersihan diri
Part nie yang paling penting sekali, pastikan anda sentiasa menjaga
kebersihan diri. Kuku mestilah sentiasa dipotong dan bersih. Sentiasa mencuci
muka agar tidak berminyak, memakai wangian yang bersesuaian. Pendek kata
jagalah kebersihan dan kesihatan diri agar sentiasa kelihatan cergas dan
bertenaga.
8. Kasut atau sandal
Pakailah warna dan gaya kasut yang sesuai dengan tempat. Misalnya untuk
menghadiri sesuatu majlis, pakailah kasut yang sesuai, anda bukan pergi pasar
malam. Biar kena dengan tempat orang kata. Keadaan kasut yang bersih dan kemas
juga menunjukkan ciri seseorang itu.
No comments:
Post a Comment