Selesema (juga dikenali sebagai
radang hidung dan farinks, nasofaringitis, rinofaringitis, koriza akut,[1] atau
juga pilek atau songsering di sesetengah tempat) ialah suatu penyakit
berjangkit virus bagi salur pernafasan atas yang terutamanya menjejaskan
hidung. Gejala termasuk pembatukan, sakit kerongkong, hidung berhingus, bersin,
dan demam yang biasanya beransur hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari, dengan
sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu. Melebihi 200 strain virus
terlibat dalam sebab selesema; rinovirus ialah yang paling am.
SELESEMA? MAKANAN INI MAMPU
MEMBANTU ANDA
1) SUP
Sup baik untuk sistem imuniti
badan.Sup yang direneh ibu adalah yang terbaik tidak kira apa sahaja jenis sup,
ia baik untuk sistem imuniti badan. “Pelbagai bahan yang berbeza boleh
diletakkan dalam sup.
Dan apabila berbicara mengenai
diet untuk mencegah, kita mahukan makanan yang bermacam-macam. Ini bermakna
bahan seperti ayam yang tinggi zink dan zat besi serta lobak yang kaya dengan
vitamin C boleh diletakkan dalam sup,” ujar Mc Daniel.
Selain itu katanya, roti juga
membantu merembeskan lendir dan melindungi badan dari bakteria lain.
2) TEH HIJAU
Teh hijau mempunyai bahan
antioksida dan sangat bagus untuk sisitem imuniti. Teh hijau dikenali sebagai
makanan yang solid tetapi kandungan ‘Catechin’ di dalamnya memantapkan lagi
sebagai bahan penting dalam diet imuniti.
"Catechin adalah antioksidan
yang telah terbukti membantu dalam pencegahan virus, terutamanya apabila anda
sudah sakit teh hijau dapat mengurangkan virus," kata McDaniel.
3) MADU
Madu membantu melegakan sakit
tekak dan mengurangkan batuk.Madu boleh membantu menenangkan kerongkong anda
dan mengurangkan batuk.Madu juga boleh membantu mengatasi pencernaan dan
refluks asid.
Daripada menggunakan gula dalam
kopi anda, gantikannya dengan madu. Atau cuba epal yang dicelupkan dalam madu
untuk snek yang enak.
4) BAWANG PUTIH
Bawang putih menghasilkan
antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman."Ada
kajian menunjukkan apabila individu itu mengambil suplemen bawang putih selama
sekurang-kurangnya 12 minggu, mereka akan kurang terkena selesema.
Bawang putih menghasilkan
antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman.
5) YOGURT
Yogurt mengandungi probiotik
penting, atau bakteria baik. Yogurt mengandungi probiotik penting, atau
'bakteria baik', yang boleh membantu mengurangkan bakteria jahat yang membawa
penyakit.
“Adalah lebih baik jika kita
dapat melindungi diri kita dengan bakteria baik,” kata McDaniel.
6) OREN
Buah-buahan masam seperti oren
menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar. Apabila anda mula rasa seram
sejuk seperti diserang selesema, perkara pertama yang muncul di kepala anda
mungkin vitamin C. Walaupun kajian masih dijalankan sama ada ia benar-benar
menghalang selesema, kita tahu bahawa membantu untuk meminimumkan beberapa gejala
yang berkaitan dengan selesema, " jelas
McDaniel.
Buah-buahan masam seperti oren
menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar . Dan jangan bimbang tentang
mempunyai terlalu banyak vitamin: Ia larut dalam air, jadi apa yang tidak anda
gunakan ia kan disalurkan melalui pembuangan air kecil.
7) KELEDEK
Keledek mengandungi vitamin C
yang tinggi, tetapi vitamin A yang menarik perhatian kita sebagai makanan yang
meningkatkan imuniti. "Vitamin A benar-benar penting untuk membran mukus
yang mengalir dalam hidung dan tekak," kata McDaniel.
"Dan itu benar-benar dadalah
garis pertahanan pertama,” tambahnya lagi. Pada masa sama, McDaniel menekankan
bahawa anda memerlukan diet yang lengkap untuk sistem imun berfungsi
sepenuhnya. Ini termasuk protein.
“Pastikan anda mendapat sedikit
protein dengan setiap hidangan untuk membantu badan anda membin
No comments:
Post a Comment