Monday, March 5, 2018

KAHWIN RAHSIA HIDUP LEBIH SIHAT


Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.


KAHWIN RAHSIA HIDUP LEBIH SIHAT

Pernahkah anda terfikir perbezaan antara seseorang yang belum berkahwin dengan yang sudah berkahwin?

Tanyalah mana-mana individu yang sudah berkahwin, mereka akan akui hidup penuh sibuk, terpaksa menanggung terlalu banyak tanggungjawab, melewati pelbagai drama keluarga, ada yang kaitkan hubungan itu dengan politik keluarga, tertekan dengan karenah anak, suami dan sebagainya.

Namun di sebalik “aduan” dan ketidakpuasan, tahukah anda individu yang sudah berkeluarga ini sebenarnya lebih sihat dan gembira? Syaratnya, anda kenalah ada pasangan yang serasi atau lebih kurang serasi.

Menurut kajian, memiliki pasangan di sisi, insan berkongsi suka duka sudah cukup bagus untuk kita menghindari kesunyian. Hubungan itu juga memberi banyak galakan dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti demi menjaga kesihatan, termasuk seluruh ahli keluarga.

Antara “manfaat” kesihatan berkahwin dikongsi dalam artikel ini. Mungkin selepas ini anda yang masih bujang boleh mempertimbangkan untuk berkahwin.

1. Menurunkan risiko dementia atau sakit tua
Biasanya permainan kognitif atau aktiviti riadah disarankan kepada warga emas bagi mengelak daripada risiko dementia. Tetapi dengan berkahwin juga anda berpeluang mengurangkan risiko itu. Kajian menunjukkan individu berkahwin mempunyai 43% rendah kemungkinan diserang alzheimer.

2. Tekanan darah terkawal
Risiko diserang penyakit akibat tekanan darah ternyata kurang jika anda sudah berkahwin. Ini kerana tekanan darah secara puratanya lebih rendah bagi mereka yang berkahwin.

3. Kehidupan seks lebih memuaskan
Hubungan seks antara pasangan suami dan isteri lazimnya berkualiti kerana ia dilakukan dalam persekitaran yang baik. Menurut tinjauan, mereka yang sudah berkahwin berasa lebih puas dengan kehidupan seksual kerana ia bukan sahaja dilandasi elemen cinta tetapi rasa selamat dan terjamin. Ia membuatkan aliran darah lebih lancar dan hormon stress berkurangan.

4. Mengurangkan tekanan
Tekanan dikaitkan dengan semua jenis penyakit termasuk diabetes, jantung dan kanser. Menurut kajian “The Journal of Marriage and Family”, memang sukar mengurangkan tekanan kecuali perhubungan yang membahagiakan. Apabila pasangan memiliki waktu sukar tetapi disokong pasangan masing-masing, ia akan mengurangkan tekanan.



5. Kemampuan paru-paru lebih baik
Semakin bertambah usia, kita perlukan paru-paru yang sihat. Komitmen jangka panjang dalam hubungan berpasangan mampu memperbaiki fungsi paru-paru ke tahap yang lebih baik.

6. Bertahan daripada kanser
Perkahwinan tidak boleh kurangkan risiko kanser tetapi memberi peluang yang lebih baik untuk bertahan atau diselamatkan. Pasukan penyelidik melihat data lebih 800,000 orang mendapati risiko kematian setelah didiagnosis kanser terhadap mereka yang belum berkahwin 27% lebih tinggi dalam kalangan lelaki dan 19% lebih tinggi dalam kalangan wanita.

7. Jantung lebih sihat
Memandangkan perkahwinan boleh menurunkan tekanan darah maka ia juga mampu meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan, petik jurnal “European Journal of Preventive Cardiology”. Malah, hidup berpasangan juga boleh memanjangkan jangka hidup seseorang.

8. Panjang umur
Mereka yang sudah berkahwin mempunyai jangka usia yang lebih panjang, rata-rata tambahan 10 tahun, menurut penyelidkan “British Medical Journal”. Ini kerana mereka lebih mementingkan kesihatan dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik, misalnya kewangan yang stabil, pendapatan lebih tinggi, aset dan pekerjaan yang terjamin. Sayangnya, ia tidak berpihak kepada wanita kerana perbezaan jangka usia mereka tidak banyak berbeza dengan wanita bujang.


9. Kesihatan mental lebih baik bagi wanita
Menariknya mengenai wanita yang sudah berkahwin dan berpasangan ialah memiliki tahap tekanan, kecemasan dan penyakit mental yang jauh lebih rendah. Ini kerana mereka mendapat sokongan dan kasih sa

No comments:

Post a Comment