Botol adalah tempat menyimpan dengan bahagian leher yang lebih sempit
daripada badan dan "mulut"nya. Botol sebenarnya diperbuat daripada
kaca, plastik, atau aluminium, dan digunakan untuk menyimpan cecair seperti
air, susu, minuman ringan, arak, anggur, ubat, sabun, dakwat, dan sebagainya.
Botol dari plastik biasanya dibuat secara penghasilan.
Alat yang digunakan untuk menutup mulut botol disebut sebagai penutup
botol (luaran) atau penyumbat (dalaman)
BAHAYA JIKA ANAK GUNA BOTOL SUSU LEBIH DARI 3 BULAN
Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan.
Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan
calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.
Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya
hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka
hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak
anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah
kekuningan.
Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap
ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A
yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai
estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan
dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap
kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling
berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi
pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan
hormon.
BOTOL SUSU PERLU DITUKAR SEGERA SEKIRANYA:
1. Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai
banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan
sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2. Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat
botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya
boleh digunakan 4 bulan.
Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang
tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol
polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada
air sejuk atau air suam.
Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu
ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam
botol.
4. Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar
botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di
dalam botol.
5. Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan
menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.
Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan
kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan
bahan pencuci yang bersifat organik.
No comments:
Post a Comment