Saturday, March 10, 2018

TEKNIK URUTAN AWET MUDA

Fisioterapi yang berkongsi 4 teknik urutan awet muda, menganjalkan, melancarkan aliran darah dan bantu kita tampil awet muda. boleh jadikan rutin harian setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur. Teknik ini salah satu alternatif untuk membantu mnegurangkan proses penuaan, menaikkan seri wajah, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan dan kedutan di muka, dan membantu wajah kelihatan awet muda

TEKNIK 1 :

  • Mulakan dari bahagian bawah mulut
  • Gunakan 2 jari, secara perlahan dan berikan sedikit tekanan pada wajah, tarik ke atas.
  • Ulang teknik ini selama 15 kali.
  • Membantu otot wajah untuk mendapatkan pengaliran darah yang lancar.


TEKNIK 2 :

  • Kemudian gunakan ibu jari tangan dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah
  • Urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas
  • Tujuannya bagi mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah.


TEKNIK 3 :

  • Seterusnya, urutan dibahagian kening dan kelopak mata
  • Gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C kebawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.
  • Tujuannya membantu otot-otot atas muka mendapatkan aliran darah yang baik.


TEKNIK 4 :

  • Cara terakhir, lakukan urutan kearah dagu dan keatas
  • Lakukan proses urutan sebanyak 15 kali. Tarik dan berikan sedikit tekanan keatas wajah
  • Bertujuan membuang lemak, mengurangkan double chin serta membantu pelancaran darah pada wajah.


.

No comments:

Post a Comment