Ruam paling biasa adalah ruam susu. Ruam ini
kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang
baru lahir.Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada
muka atau bahunya.
Rata-rata ibu akan risau apabila melihat ruam susu
mula naik pada anak. Pasti pelbagai cara digunakan untuk mengatasi ruam itu,
namun ia tidak berjaya. Antara cara yang ibu-ibu biasa buat adalah dengan
menggunakan susu ibu atau air masak.
Masalah ruam susu biasanya disebabkan tindak balas
alahan terhadap formula susu atau hormon dalam susu ibu. Ruam ini juga boleh
terjadi jika susu telah dibiarkan kering pada muka bayi dan tidak disapu
bersih.
Selain itu, keadaan kulit anak yang sentiasa basah
dengan air liur atau bersentuhan dengan kain serta bahan-bahan kimia seperti
minyak wangi juga akan menyebabkan ruam.
Ruam susu (Kesan merah di pipi bayi akibat terkena
susu badan)
Bagi bayi yang mengalami ruam susu, iaitu pipi
mereka kemerahan dan kasar disebabkan terkena air susu badan ketika menyusu
cara ini boleh membantu.
PETUA UNTUK RUAM SUSU
Mula-mula ambil sehelai dua daun sirih muda
(pucuknya), ramas dengan sedikit air, kemudian tumbuk ibu kunyit dan cmpur
bersama daun sirih muda yg diramas tadi.
Masukkan bedak sejuk sekali dan sapu ke pipi bayi
selepas mandi. Insyaallah kesan kasar dan merah tadi akan cepat berkurangan dlm
2 hari saja ia akan hilang.
No comments:
Post a Comment