Ubat
gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi
sebagai aksesori untuk membersihkan dan mengekalkan estetika dan kesihatan gigi.
Ubat gigi digunakan untuk menjaga kebersihan gigi: ia berfungsi membantu
mengeluarkan plak gigi dan sisa makanan dari gigi, mengurangkan halitosis serta
membawa bahan-bahan aktif (paling biasanya fluorida) ke dalam gigi untuk
membantu mencegah kerosakannya serta penyakit gusi (gingivitis). Garam dan
natrium bikarbonat (soda penaik) adalah antara bahan-bahan yang boleh
menggantikan ubat gigi komersil.
Ubat
gigi ini tidak sepatutnya ditelan disebabkan kandungan fluoridanya, namun ia
tidaklah berbahaya sangat jika tertelan secara tidak sengaja dalam jumlah yang
kecil. Walau bagaimanapun, bantuan perubatan perlu diambil dengan segera jika
seseorang menelan fluorida dalam jumlah yang luar biasa
KEGUNAAN LAIN UBAT GIGI
1.
PERALATAN PERAK
Anda boleh menggunakan ubat gigi untuk mencuci
barang perak anda dan dapat membuatkan ianya kembali bersinar.
2. MENGILATKAN LAMPU KERETA
Dengan
bantuan ubat gigi, anda boleh mendapatkan lampu kereta yang kelihatan licin dan
bersih. Ubat gigi moden mengandungi bahan yang kasar yang berfungsi untuk
membersihkan apa² jenis permukaan yang kotor.
3. MEMBERSIHKAN KASUT
Kasut
dengan tapak kaki putih, seperti kasut Converse dapat dibersihkan dengan mudah
dengan menggunakan ubat gigi.
4. MEMBERSIHKAN PERMUKAAN KAYU
Anda
boleh menghilangkan kesan kotoran pada permukaan kayu dalam beberapa minit
dengan hanya menyapu sedikit ubat gigi.
5. MEMBERSIHKAN PAKAIAN
Ubat
gigi juga bagus untuk menyingkirkan pelbagai jenis kotoran pada pakaian,
daripada kesan gincu pada baju sehinggalah kuah spaghetti pada alas meja.
6. MEMBERSIHKAN SINKI
Anda
boleh mencuci sinki anda dengan ubat gigi, caranya ialah dengan mengambil
sedikit ubat gigi dan letakkannya di dalam kain, kemudian gosokkannya ke sinki.
Biarkan sebentar dan kemudiannya basuh menggunakan air.
7. SETERIKA
Anda
juga boleh menggunakannya untuk membersihkan bahagian bawah sterika.
8. CALAR TELEFON
Letakkan
sedikit ubat gigi pada bahagian telefon yang calar itu dan kemudiannya secara
perlahan-lahan, lapkan bahagian itu dengan menggunakan kain yang lembut.
9. KUKU
Ubat
gigi juga boleh membersihkan kuku anda.
10. MENGHILANGKAN KESAN BAU IKAN
Sesetengah
jenis bau seperti bau ikan atau pun kari amat sukar dihilangkan dengan hanya
menggunakan sabun sahaja. Jadi bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan
ini, anda boleh menggunakan ubat gigi dengan meletakkannya sedikit pada
bahagian yang ingin dibersihkan itu dan kemudiannya bilas menggunakan air.
No comments:
Post a Comment