Kutu beras, bubuk beras atau kumbang beras, (bahasa
Inggeris: rice weevil), nama saintifiknya Sitophilus oryzae ialah serangga
perosak produk simpanan serius yang menyerang beberapa tanaman penting daripada
segi ekonomi termasuk gandum, beras, dan jagung.
PETUA HILANGKAN KUTU BERAS
DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan
sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu
beras amat tidak selesa dengannya.
Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini
di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat
diusir dengan cepat.
ASAM KEPING
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras
adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa
asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu
beras berasa tidak nyaman.
DAUN PANDAN
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang
mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia
dapat mewangikan beras anda.
CILI KERING
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu
dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering
kepada 2 dan letakkan dalam beras anda.
Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan
kutu beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini
apabila baunya semakin menghilang._
KULIT KAYU MANIS
Masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam
beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut
mewangikan lagi beras anda.
JEMUR BAWAH MATAHARI
Mula², letakkan cili kering dan jemurkan beras di
bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih
elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper._Kemudian,
setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh
bersembunyi di balik timbunan beras.
MASUKKAN BERAS DALAM ‘FREEZER
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih
kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu
yang masih ada di dalam bekas beras tersebut. Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh
simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian,
bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa._
Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu
beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila
beras dicuci nanti.
No comments:
Post a Comment