Monday, March 5, 2018

HERBA UNTUK CAIR KAN DARAH


Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara mata kasar.
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.

HERBA UNTUK CAIR KAN DARAH

1. Daun durian belanda
Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yg kuat.  Jadi utk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yg lemah, tekanan darah rendah & anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung.Jadi dos yg sesuai sangat penting.

Kekerapan pengambilan perlu dikurangkan. Begitu juga dgn kombinasi herba penyeimbang dpt mengurangkan kesan sampingan ini Badam, biji gandum, beras perang / parboiled rice & sup ayam kampung dapat mengurangkan kesan sampingan mengambil daun durian belanda.

2. Mahkota dewa
 Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos : 1-2 hiris mahkota dewa yg telah dikering direndam dalam satu cawan air panas.

3. Halba / fenugreek
 Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant.  Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi spt 25 gm sehari utk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yg sempit akibat plaq kolesterol & lemak.

4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah atau cuka peraman.
 Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol & lemak pd dinding salur darah.Makan 2 sudu besar yg dibancuh air mineral  dan madu  3 kali seminggu.

5. Jintan hitam
Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yg tegar sekalipun.  Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.

 6. Daun beluntas

  7. Mengkudu besar (buah & daun)

 8. Daun bidara & buah kurma merah/bidara
 Berkesan merawat darah tinggi serta migrain atau sakit kepala yg selalu dialami oleh pesakit drh tinggi.Tetapi tidak boleh diambil setiap hari kerana melemahkan badan. Seminggu ambil 2-3 kali. Seeloknya dicampur jintan hitam dan halba.

Nota : Daun durian belanda, daun bidara, buah mahkota dewa, dan cuka epal tidak seharusnya dicampur sekali kerana kesan sampingan yg terlalu kuat.





No comments:

Post a Comment