Durian ialah buah daripada
beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian)yang menghasilkan buah
beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan
gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi
oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat
namanya.[3] Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang
dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2
hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya
daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah,
bergantung kepada spesies.
PETUA MENGHILANGKAN BAU
DURIAN
Petua 1
Untuk menghilangkan bau durian di
dalam kereta, letakkan beberapa keping roti dalam kereta. Tutup semua pintu dan
tingkap. Biarkan beberapa jam,bau akan hilang dengan sendirinya.
Petua 2
Untuk menghilangkan bau durian
pada tangan,rendam tangan dalam air yang dicampurkan sedikit serbuk kopi. Bau
durian akan hilang.
Petua 3
Untuk menghilangkan mabuk bau
durian, cuba minum air panas dibancuh dengan secamca garam.
No comments:
Post a Comment