Friday, March 9, 2018

PETUA JIKA ANDA BERASA LAPAR TENGAH MALAM


Lapar ialah keadaan di mana kita mempunyai keinginan yang amat kuat untuk makan. Keinginan ini memulakan keinginan untuk makan, membuatkan seseorang akan mula mencari makanan untuk melegakan sensasi lapar. Rangsangan untuk makan atau lapar ialah suatu cetusan yang bermula daripada otak kita. Ia menandakan sel dalam tubuh kita tidak mempunyai cukup makanan dan memerlukan tenaga.

Kenyang pula bermaksud rangsangan daripada otak bahawa kita patut berhenti makan, atau keinginan untuk makanan telah pun dipuaskan. Dua keadaan iaitu lapar dan kenyang ini telah dikenal pasti sebagai tipikal untuk individu berberat badan normal.Namun begitu, bagi mereka yang obes atau gemuk ia tidak semudah itu.

Banyak kajian berkaitan perkara ini diambil kira sebelum membuat cadangan program penurunan berat badan yang berkesan dan meningkatkan kesihatan seseorang. Ternyata melawan ketagihan memerlukan suatu pendekatan yang spesifik dan saintifik. Inilah enzim terapi. Enzim terapi turut menghilangkan ketagihan terhadap karbohidrat.

Tanggapan bahawa seseorang mungkin mengalami ketagihan makanan bukanlah sesuatu yang baru. Seawal tahun 1940-an, saintis telah melaporkan seseorang itu boleh menjadi penagih untuk sesetengah jenis makanan. Jenis-jenis makanan yang mungkin menimbulkan ketagihan telah dikenal pasti.

PETUA JIKA ANDA BERASA LAPAR TENGAH MALAM

1. Elak minuman berkafein
Kafein memberi anda kesegaran dan menyukarkan anda kembali tidur

2. Elak makanan proses & tinggi lemak
Makanan proses dan tinggi lemak tidak sesuai dimakan pada waktu tengah malam. Ia akan banyak disimpan sebagai lemak badan yang menjadi toksin kepada tubuh badan

3. Elak makanan karbohidrat ringkas berkalori tinggi
Karbohidrat memberi anda tenaga dan menyukarkan anda tidur semula. Walaupun anda tidur akibat keletihan, kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak



No comments:

Post a Comment