Sputum atau kahak ialah jirim yang diludahkan dari
salur respirasi ke luar mulut, misalnya lendir mukus atau flegma yang
dicampurkan dengan air liur. Ia biasanya dikaitkan dengan laluan udara di dalam
paru-paru, bronkus, atau trakus pernafasan atas seseorang pesakit. Sputum
kekadang mengandungi darah, khususnya jika pesakitnya menghidap batuk kronik
yang mungkin diakibatkan oleh tuberkulosis yang teruk.
Sampel sputum ialah nama yang diberikan kepada
mukus yang dibatukkan dari laluan udara bawah. Biasanya, ia digunakan untuk
membuat penyelidikan mikrobiologi terhadap jangkitan pernafasan. Sampel sputum
yang terbaik tidak mengandungi banyak air liur kerana air liur mencemarkan
sampel dengan bakteria mulut. Keadaan ini dinilai oleh ahli mikrobiologi klinikal
dengan memeriksa menggunakan kaedah pewarna Gram terhadap sputum itu. Melebihi
25 sel epitelium skuamus pada pembesaran rendah menunjukkan pencemaran air
liur.
PETUA HILANGKAN KAHAK DALAM PARU PARU DAN PENAWAR BATUK YANG MUJARAB
BAHAN-BAHAN :
Lobak merah
6 sudu besar madu organik
Air
CARA-CARANYA :
1) Kupas dan potong lobak merah menjadi ketulan,
kemudian rebus lobak merah sehingga ia lembut. Asingkan air rebusan lobak merah
tadi.
2) Kemudian tumbuk/kisar lobak merah yang direbus
tadi sehingga lumat.
3) Kacau madu ke dalam air rebusan lobak merah dan
tambahkan isi lobak merah yang telah ditumbuk/dikisar. Kemudian kisar sekali
lagi campuran isi lobak merah dan air rebusan tadi.
4) Siap untuk diminum dan disimpan dalam peti ais.
NOTA
Ambil 3-4 sudu besar ini setiap hari dan anda harus
berasa lebih baik dalam tempoh hanya beberapa hari. Ubat ini akan membuat anda
berasa lebih cepat jika anda mengambil masa untuk mencubanya.
No comments:
Post a Comment