Monday, March 5, 2018

CARA MENGAJAR ADAB PADA ANAK



1. Sentiasa masuk rumah dengan Salam dan Ciuman. Cium anak2, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of Love & Mercy pada anak2.

2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak2 anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati2.

3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang ngan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.

4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, Ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik2 anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater

5. Baca kan pada mereka sepotong Hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesan nya sangat Hebat! Cuba lah.

6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak2 perlu belajar bahawa berperwatakan Kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan Kemas itu personality mereka.

7. Kurangkan perkataan Jangan @ TakBoleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tuu... Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.

8. Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.

9. Minta maaf pada anak2 kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi Humble & Polite.

10. Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.

11. Tunjuk kan rasa hormat pada Privacy anak2 anda. Ini penting untuk SelfEsteem mereka.

12. Ajar mereka Sunnah2 gaya hidup Nabi Muhammad SAW Itu yang terbaik!

13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak. Ada salah faham settle elok2 belakang mereka.

14. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri.
Macamana kita layan pasangan, macamtu lah anak akan layan kita.




No comments:

Post a Comment