Gusi merupakan suatu bahagian
tisu mukosa yang memegang gigi di dalam mulut.
Penyakit gusi
Gigi dan gusi adalah seperti isi
dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti
memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi
berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini
menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal
dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar
dan tertanggal.
Seperti gigi, gusi juga terdedah
kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan
secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan
gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja
menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan
terhadap gigi.
PETUA MERAWAT GUSI BERDARAH
Petua Merawat Gusi
Berdarah 1
Bancuh setengah sudu teh garam
dengan segelas air suam. Gunakan untuk berkumur setiap hari selepas bangun dari
tidur. Kesan ketara kelihatan dalam masa 3 hari.
Petua Merawat Gusi
Berdarah 2
Rebus beberapa helai daun kacang
dan daun inai sehingga mendidih. Masukkan sedikit asam gelugur dan garam. Kacau
hingga garam larut dan tutup api. Suamkan dan gunakan untuk berkumur. Lakukan
hingga sembuh.
No comments:
Post a Comment