Monday, March 5, 2018

PETUA BUAT PISAU DI DAPUR ANDA LEBIH TAHAN LAMA


Pisau ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau telah digunakan sebagai alat dan senjata sejak Zaman Batu lagi.

Pisau terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih yang tepinya dibuat tajam; tepi yang tajam ini disebut mata pisau. Pegangan pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.

Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bezanya adalah bahawa bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau.


PETUA BUAT PISAU DI DAPUR ANDA LEBIH TAHAN LAMA

Salah satu peralatan dapur yang penting adalah pisau dapur. Pisau berfungsi untuk memotong sayur, buah, daging dan bahan makanan lainnya. Memilih pisau dapur yang tepat dapat membantu proses memasak. Lagi tajam, lagi mudah kerja memasak.

Tapi tidak cukup membeli pisau dapur dengan kualiti yang baik, anda nak juga tahu macam mana nak jaga pisau agar lebih tahan lama dan tak cepat tumpul.

1. Pilih Bahan yang Tepat
Salah satu cara untuk memilih pisau yang tepat adalah dengan memilih pisau yang berbahan anti karat. Pilihan pisau stainless steel sangat baik karena tidak mudah berkarat. Anda juga dapat memilih pisau dapur dengan bahan keramik. Kelebihan pisau dengan bahan ini membuatkan anda tidak susah untuk mengasahnya.



2. Penggunaan Sesuai dengan Fungsinya
Menggunakan pisau sesuai dengan fungsinya akan membuat pisau lebih tahan lama. Pisau memiliki berbagai jenis, misalnya ada pisau buah, roti, dan pisau potong. Gunakan pisau sesuai dengan fungsinya akan membantu pisau tahan lama.

3. Jangan Lupa Asah
Untuk menjaga ketajamannya, pisau kena selalu diasah. Ingat, pisau untuk memotong daging kena lebih selalu diasah dibandingkan dengan pisau buah atau sayur.

4. Bersihkan dengan Teratur
Setelah menggunakan pisau sebaiknya segera cuci dengan sabun. Kemudian lap hingga kering sebelum disimpan. Hindari menyimpan pisau dalam keadaan kotor karena dapat menyebabkan karat.

5. Simpan Pisau di Tempat Kering
Setelah dicuci dengan bersih dan dilap hingga kering, pastikan anda menyimpan pisau di tempat yang kering dan bersih. Hindari menyimpan pisau di tempat yang lembap kerana ini menyebabkan pisau mudah karat. Elakkan dari letak pisau merata untuk jaga keselamatan anak-anak.

No comments:

Post a Comment