Saturday, March 10, 2018

CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder/dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.


CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT
Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

PERBAIKI DIET

Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

KURANGKAN GARAM

Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat.  Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. 

Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? 

Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period.

Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam.  Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

BERHENTI MEROKOK

Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. 

Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan.

No comments:

Post a Comment