Friday, November 27, 2020

MENGKUDU DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp. Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

PETUA ORANG DULU TENTANG KEGUNAAN BUAH MENGKUDU


1. BETIS KERING BERSISIK DAN TUMIT KAKI MEREKAH

Ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian kaki yang bersisik dan merekah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam. Buat beberapa kali hingga kaki kering bersisik dan merekah 

tumit tu hilang.


2. MEREDAKAN BATUK

Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam kesan nye gatal² di tekak, serak dan batuk akan hilang.


3. DEMAM

Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam. InshaaAllah demam akan beransur kebah.

.

No comments:

Post a Comment