Terung atau brinjal ialah
tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal
dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang.
Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum
melongena.
Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.
Terung atau yang dipanggil eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, bentuk dan saiz.Walaupun ia mungkin bukan sesuatu yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering dijadikan pilihan dalam masakan Melayu.
Sebenarnya, terung walau dimakan secara mentah tidaklah beracun. Tapi, daun dan bunga tumbuhan ini mungkin boleh menjadi toksik.Ini kerana tumbuhan yang berasal daripada keluarga nightshade, seperti terung, ubi kentang, lada benggala dan tomato ini mengandungi alkaloid yang dipanggil solanine. Dalam dos yang sangat tinggi, solanine boleh menyebabkan keracunan.
KHASIAT BUAH TERUNG
1. Pencegah Diabetes.
kerana terung merupakan makanan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah diabetes.
2. Pencernaan Yang Lebih Baik
Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat bantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar kita.
3. Elok Untuk Jantung.
Terung dapat bantu turunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung kita.
4. Mengawal tekanan darah tinggi
Kandungan bioflavonoid berperanan besar membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh kita.
5. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.
Kandungan kalsium dalam terung dapat menguat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.
6. Cegah Anemia.
Kandungan zat besi dalam terung dapat bantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin di hidapi sebahagian orang.
7. Untuk otak
Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan otak. Ia dapat memberikan manfaat kesehatan mental secara keseluruhan. Kesimpulannya terung mempunyai banyak khasiat yang diperlu oleh badan. Jadi tak salah kalau terung dijadikan sayuran kegemaran semua.
No comments:
Post a Comment